Bola sepak negara ini dijangka memasuki era baru apabila pemilihan pucuk kepimpinan baru Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) diadakan pada 29 April ini. Majlis undian yang dinanti-nantikan itu dijangka mengemukakan persaingan dua penjuru – pasukan yang dipimpin oleh presiden Majlis Sementara FAS yang juga seorang peguam, Lim Kia Tong, yang menggelarkan diri mereka 'Team LKT' dengan pasukan yang diterajui pengerusi Hougang United yang juga seorang pengarah firma ekuiti privet, Bill Ng, yang menamakan pasukan mereka 'Game Changers'. Kededua pasukan menampilkan senarai penuh 15 calon – pasukan atau 'slate' seramai sembilan anggota (enam bagi mengisi jawatan utama dan tiga bagi anggota majlis) dan enam anggota majlis (individu). Di kalangan senarai itu ada yang tidak asing lagi dalam arena bola sepak setempat manakala tidak kurang juga yang memiliki 'kepakaran' tersendiri demi menyumbang ke arah pembangunan sukan ini. ANWAR YAHYA (anwar@sph.com.sg) menyorot dua anggota daripada kededua pasukan yang bakal bersaing pada hujung bulan ini nanti.
ANGGOTA 'GAME CHANGERS'