NICE (Perancis): Penjaga gawang England, Joe Hart, akur rakan-rakan sepasukan "gagal menunjukkan potensi sebenar", malah wajar menjadi sasaran kecaman meluas selepas dihumban daripada Euro 2016 di tangan pasukan kerdil, Iceland, lewat kelmarin.
Kekalahan mengejut 1-2 itu, yang disifatkan media Britain sebagai "memalukan" dan "keaiban yang besar", turut menyaksikan pengurus pasukan Roy Hodgson mengumumkan keputusan mahu meletakkan jawatan.