Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SUKAN SEA VIETNAM

Selepas tiga gangsa, akhirnya Suhaila genggam emas

Hazim dan Sheik Farhan turut menang emas dalam acara tanding masing-masing
May 17, 2022 | 05:30 AM



SELEPAS enam tahun dirundung kekecewaan, detik yang dinanti-nantikan srikandi silat negara, Nurul Suhaila Mohd Saiful, untuk menggenggam pingat emas dalam Sukan SEA akhirnya tiba semalam.



Suhaila, 27 tahun, berjaya menewaskan Siti Shazwana Ajak dari Malaysia 30-22 dalam final acara tanding puteri kelas E (65-70kg) untuk merangkul pingat emas sulungnya di temasya sukan berprestij Asia Tenggara itu.



Kemenangan pingat emas itu "memakan usaha bertahun-tahun," kata Suhaila sambil menitiskan air mata kegembiraan ketika ditemui media Singapura selepas pertarungannya di Gimnasium Bac Tu Liem di Hanoi, Vietnam, pagi semalam.



"Selepas bertahun-bertahun meragui diri sendiri... meraih tiga pingat gangsa sebelum ini adalah sangat sukar bagi saya."



"Saya menghabiskan banyak masa berjauhan daripada keluarga (demi silat), jadi kali ini saya ingin membanggakan ibu bapa saya dan membuktikan kepada mereka bahawa waktu berjauhan itu adalah berbaloi.



"Ia adalah untuk saya berkembang dan menjadi atlet yang terbaik mungkin. Jadi, saya berharap ibu bapa saya bangga dengan pencapaian saya ini," tambahnya.



Ini merupakan prestasi terbaik Suhaila berbanding tiga penyertaan Sukan SEA yang lalu. Juara dunia itu pernah menang pingat gangsa dalam tanding puteri kelas D (60-65kg) pada 2015 serta 2017 dan kelas B (50-55kg) pada 2019.



Seorang lagi juara dunia, Muhammad Hazim Mohd Yusli, terus menyerlah di pentas Sukan SEA selepas meraih pingat emas keduanya dalam penampilan berturut-turut di temasya sukan itu.



Hazim, 20 tahun, berjaya mengatasi Muhamad Yacsher Arafa dari Indonesia melalui technical knockout (TKO) dalam final acara tanding putera kelas C (55-60kg).



Juara dunia tiga kali Sheik Farhan Sheik Alau'ddin turut mempertahankan pingat emasnya dalam Sukan SEA. Farhan, 24 tahun, menumpaskan Saranon Glompan dalam final acara tanding putera kelas J (90-95kg) selepas warga Thailand itu mengaku kalah.



Singapura turut menang dua perakmelalui Abdul Raazaq Abdul Rashid dan Sheik Ferdous Sheik Alau'ddin dan dua gangsa (Muhammad Syakir Jeffry dan Siti Khadijah Mohd Shahrem) dalam acara tanding.



Di akhir pertandingan selama enam hari di Hanoi, pasukan silat negara menggondol 11 pingat - empat emas, tiga perak dan empat gangsa. Empat pingat lain dimenangi dalam acara seni.



Justeru, pungutan pingat itu memberikan Singapura persembahan terbaiknya dalam Sukan SEA sejak 2003.



Ia turut melepasi sasaran Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Persekutuan Silat Singapura (Persisi), Sheik Alau'ddin Yacoob Marican, yang sebelum ini memberitahu Berita Harian (BH) bahawa skuad silat negara mampu meraih tiga pingat emas, dua pingat perak dan tiga pingat gangsa dalam Sukan SEA ini.



Di edisi temasya 2003, yang juga diadakan di Hanoi, Singapura membawa pulang tiga pingat emas, dua perak dan 10 gangsa.



Farhan berkata: "Ini adalah pasukan terbaik yang pernah bertanding di Sukan SEA... dan saya gembira dapat menjadi sebahagian pasukan ini dan menyumbang pingat untuk Singapura."



Dalam Sukan SEA 2019, Singapura hanya membawa pulang lima pingat - dua emas, satu perak dan dua gangsa - daripada lapan acara yang disertainya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >