Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Senegal sekat Brazil catat kemenangan di kota Singa

Oct 10, 2019 | 10:37 PM



KURANG 'samba’ menyebabkan pasukan Brazil mengakhiri perlawanan menentang Senegal 1-1 di Stadium Negara malam ini (10 Oktober).





Pasukan Afrika itu berjaya menghalang Selecao (gelaran pasukan Brazil) daripada melanjutkan rekod cemerlang mereka di kota Singa.





Kali terakhir Brazil mengadakan perlawanan persahabatan di sini adalah pada Oktober 2014 apabila ia membenam Jepun 4-0.





Keempat gol itu hasil jaringan Neymar Junior yang malam ini memiliki ‘cap’ antarabangsa ke-100 untuk Brazil. 





Pasukan Amerika Selatan itu membuka tirai jaringan awal pada minit ke-9 menerusi penyerang Liverpool Roberto Firmino yang meledakan tendangan klinikal untuk memintas penjaga gol Senegal Alfred Gomis.





Senegal terus mengancam benteng pertahanan Brazil pada sepuluh minit terakhir babak pertama.





Berbaloi apabila penyerang Senegal Sadio Mane dihadiahkan penalti sebelum separuh masa pertama, selepas pemain Liverpool itu dijatuhkan oleh pemain pertahanan Brazil Marquinhos di dalam kotak penalti.





Marquinhos juga ditunjukkan kad kuning oleh pengadil Singapura Muhd Taqi Aljaffari.





Penyerang Famara Diedhiou menjaringkan tendangan penalti itu untuk mengikat keadaan 1-1 di babak pertama.





Babak kedua menyaksikan kedua-dua pasukan cuba menembusi gawang masing-masing. 





Namun keputusan perlawanan yang dihadiri lebih 20,000 peminat itu kekal sama sehingga ke wisel penamat.





Brazil akan berdepan dengan satu lagi pasukan Afrika, Nigeria, dalam perlawanan kedua Lawatan Sejagat Brazil 2019 pada Ahad ini (13 Oktober) di Stadium Negara.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >