Subuh
5:46
Syuruk
7:06
Zuhur
1:12
Asar
4:31
Maghrib
7:15
Isyak
8:27
Sukan

Seorang atlit asing gagal ujian dadah: Penganjur Sukan SEA Kuala Lumpur

Sep 05, 2017 | 05:01 PM

KUALA LUMPUR: Salah seorang atlit negara asing - bukan negara penganjur, Malaysia - telah diuji positif bagi dadah terlarang semasa ujian yang dijalankan di temasya Sukan SEA Kuala Lumpur yang berakhir minggu lalu.

Ini disahkan setiausaha Majlis Olimpik Malaysia (OCM), Low Beng Choo, yang menyatakan bahawa pihak penganjur telah dimaklumkan kes gagal ujian bahan terlarang itu oleh ketua antidoping dan perubatan Sukan SEA, Dr S. S. Cheema, Ahad lalu.

Hampir kesemua pemenang pingat daripada 11 negara yang mengambil bahagian telah menjalani ujian dadah sepanjang hampir dua minggu bertanding di temasya sukan dwitahunan itu.

Jawatankuasa tersebut turut menjalankan ujian secara rambang ke atas atlit-atlit lain.

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian