Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Seorang individu dari Spurs diuji positif koronavirus

Jun 4, 2020 | 3:30 PM
KEKANG PENULARAN COVID-19: Kelab bola sepak England, Tottenham Hotspur, berdepan dengan satu kes positif koronavirus menyusuli ujian terakhir yang dilakukan oleh pihak Liga Perdana, kata kelab itu. Individu yang tidak dinamakan itu kini mengasingkan diri selama tujuh hari.
KEKANG PENULARAN COVID-19: Kelab bola sepak England, Tottenham Hotspur, berdepan dengan satu kes positif koronavirus menyusuli ujian terakhir yang dilakukan oleh pihak Liga Perdana, kata kelab itu. Individu yang tidak dinamakan itu kini mengasingkan diri selama tujuh hari. - - Foto: REUTERS

LONDON: Kelab bola sepak England, Tottenham Hotspur, berdepan dengan satu kes positif koronavirus menyusuli ujian terakhir yang dilakukan oleh pihak Liga Perdana, kata kelab itu.

Individu itu kini mengasingkan diri selama tujuh hari.

"Kerana kerahsiaan perubatan, nama individu itu tidak akan didedahkan," kata Spurs dalam satu kenyataan di laman web mereka.

Ini adalah satu-satunya keputusan positif setelah 1,197 pemain dan kakitangan diperiksa dalam pusingan ujian terakhir.

Kini terdapat lima pusingan ujian untuk Covid-19, dan jumlah keputusan positif meningkat kepada 13 daripada 5,079 ujian.

Pemain dan kakitangan Liga Perdana England kini diuji dua kali seminggu, dengan liga disambung semula pada 17 Jun ini. - Agensi

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg