Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Sepak takraw: S’pura sangkut di pusingan kumpulan kuadran lelaki

May 15, 2023 | 09:09 PM



PASUKAN sepak takraw Singapura terkandas pada pusingan kumpulan acara kuadran lelaki selepas gagal mencatat sebarang kemenangan di Dewan Bola Keranjang Dalam Pusat Stadium Olimpik pada Isnin.


Diundi dalam Kumpulan “Maut’ iaitu Kumpulan B, Singapura tewas 16-21, 13-21 dalam aksi pembukaan menentang Laos.

Ini diikuti dengan kekalahan 11-21, 16-21 di tangan Vietnam dan 15-21, 10-21 kepada Indonesia.


Keputusan itu bermakna Singapura mengakhiri saingan di tempat keempat daripada empat pasukan.


Skuad Singapura diwakili Khairul Fahmi Yazid, A’fif Safiee, Asri Aron, Ramli Sa’ari dan Danish Irfan Faizal.

Hanya dua pasukan teratas kumpulan mara ke separuh akhir.


Indonesia dan Laos layak ke pusingan seterusnya dari Kumpulan B, manakala Thailand dan pasukan tuan rumah Kemboja adalah wakil Kumpulan A.

Kumpulan A seramai tiga pasukan turut dianggotai Timor Leste.


Pada Ahad, Berita Harian telah melaporkan bahawa tiada pasukan sepak takraw mewakili Timor Leste yang hadir di Phnom Penh untuk bertanding dalam acara kuadran lelaki.


Dalam saingan acara itu pada Isnin, Timor Leste tidak masuk gelanggang.

Menurut keputusan di laman web Sukan SEA kemboja, Thailand dan Kemboja diberikan kemenangan tanpa perlu bertanding disebabkan “walkover”.


Tiada juga butiran mengenai nama atlet Timor Leste yang dipaparkan. Timor Leste tidak pernah bersaing dalam sepak takraw di Sukan SEA.

Pasukan Singapura seterusnya beraksi acara regu lelaki pada 16 Mei.


Dimainkan dalam format ‘round robin’, atau bergilir-gilir menentang setiap pasukan, Singapura akan berdepan Thailand, Kemboja dan Indonesia.


Dengan hanya empat negara bertanding, ini bermakna Singapura akan dijamin sekurang-kurangnya pingat gangsa.


Skuad sepak takraw Singapura kali terakhir menang pingat Sukan SEA pada 2015 di tanah air - yang mana mereka meraih sebutir perak dan tiga gangsa.


Sejak itu, Singapura hanya membuat penampilan sekali dalam edisi 2019 di Filipina dan telah terlepas bersaing pada 2017 dan 2022 temasya sukan dwitahunan itu.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >