Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Sepakan percuma Ikhsan bantu Singa seri 1-1 menentang India

Sep 25, 2022 | 01:07 AM



SINGAPURA memaparkan persembahan yang lebih meyakinkan selepas seri 1-1 menentang India, pasukan ke-104 dunia, di Stadium Thong Nhat di Ho Chi Minh pada Sabtu (24 September).



Penyerang Ikhsan Fandi - yang bersama abangnya Irfan, kembali diturunkan selepas tidak beraksi dalam kekalahan 0-4 kepada Vietnam Rabu lalu akibat kecederaan ringan - meledakkan gol tunggal negara dalam siri perlawanan persahabatan ini. 



Sepakan percuma Ikhsan, pada minit ke-37, terkena kubu pertahanan India dan menyebabkan penjaga gol Guphreet Singh Sandhu salah langkah dan gagal menyelamatkan rembatannya.



Namun, kegembiraan Singapura, yang menduduki tangga ke-159 dunia, tidak bertahan lama.



Enam minit kemudian, India menyamakan kedudukan apabila pemain midfield Singapura M. Anumanthan cuai ketika membuat hantaran.



India mengambil kesempatan kesilapan itu dan Muhammed Ashique Kuruniyan, dengan tenang, menyempurna jaringan untuk membolos gawang Hassan Sunny, yang diberikan lengan tangan kapten Sabtu malam sempena penampilan ke-100 beliau untuk Singapura.



Ketua jurulatih Singapura, Takayuki Nishigaya, turut memberi masa permainan kepada pemain mudanya.



Shah Shahiran, 22 tahun, dan Joshua Pereira, 24 tahun, dikekalkan dalam barisan kesebelasan utama pasukan, manakala Ryhan Stewart, 22 tahun, diberi kepercayaan memulakan perlawanan kali ini.



Syed Firdaus, 24 tahun, juga diberikan penampilan sulungnya buat pasukan Singapura pada saat-saat akhir. 



Singapura seterusnya berdepan kelab Jerman Borussia Dortmund dalam satu perlawanan persahabatan di tanah air pada lewat November ini, sebagai persiapan sebelum masuk bertanding bagi Piala AFF 2022 pada 20 Disember hingga 16 Januari. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >