Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pemain tenis ‘ibu-ibu’ beraksi semula dalam Terbuka Australia

Jan 11, 2024 | 3:41 PM
IBU TERMUDA: Naomi Osaka merupakan yang termuda dalam kalangan juara yang beraksi semula dalam kejohanan Terbuka Australia 2024 setelah bergelar ibu. Beliau pernah menyandang gelaran juara pada 2019 dan 2021. 
IBU TERMUDA: Naomi Osaka merupakan yang termuda dalam kalangan juara yang beraksi semula dalam kejohanan Terbuka Australia 2024 setelah bergelar ibu. Beliau pernah menyandang gelaran juara pada 2019 dan 2021.  - Foto REUTERS

SYDNEY: Salah seorang daripada pemain tenis wanita, Iga Swiatek, Aryna Sabalenka, Elena Rybakina atau Coco Gauff berkemungkinan besar akan menambah koleksi ‘Grand Slam’ mereka dalam Terbuka Australia pada 2024.

Namun kehadiran sekumpulan juara yang sudah bergelar ibu, diterajui Naomi Osaka bakal menjadikan dunia tenis wanita lebih menarik.

‘Grand Slam’ merujuk kepada kesemua empat kejohanan tenis utama – Perancis, Amerika Syarikat, Britain dan Australia dalam musim kalendar yang sama.

Pada 2023, Victoria Azarenka dan Sofia Kenin merupakan dua bekas juara wanita yang menyertai pertandingan di Melbourne Park itu.

Namun, jumlah tersebut bertambah apabila kejohanan 2024 itu bermula pada 7 Januari dengan kehadiran Osaka, Angelique Kerber dan Caroline Wozniacki selain Azrenka.

Empat pemain itu berusaha untuk menyamai pencapaian Evonne Goolagong Cawley pada 1977; dan Kim Clijsters pada 2011 apabila mereka berjaya menjulang Piala Memorial Daphne Akhurst sebagai seorang ibu.

Osaka merupakan yang termuda dalam kalangan juara yang akan kembali beraksi.

Pemain berusia 26 tahun itu membuktikan di Brisbane International bahawa beliau masih mempunyai kebolehan merangkul kejuaraan di Terbuka Australia, seperti pada 2019 dan 2021.

Bekas juara keenam dalam kumpulan itu adalah juara 2023, Sabalenka, yang meraih hadiah utama pertamanya dengan mengalahkan Rybakina dalam perlawanan akhir di Rod Laver Arena.

Warga Belarus itu berjaya mara sekurang-kurangnya ke peringkat separuh akhir keempat-empat ‘Grand Slam’ pada 2023 – pencapaian yang terakhir kali diperoleh oleh Williams pada 2016.

Juara empat kali ‘Grand Slam’, Swiatek, hanya sekali melangkah lebih jauh daripada pusingan keempat di Melbourne Park apabila beliau ditewaskan Danielle Collins di peringkat separuh akhir pada 2022, tetapi tetap membuktikan kebolehannya dengan kemenangan di Terbuka Amerika Syarikat pada 2022.

Bekas juara Wimbledon, Rybakina turut menjadi calon yang perlu diberi perhatian apabila beliau menewaskan Swiatek dalam pusingan keempat pada 2023, lalu menyingkirkannya daripada separuh akhir di Indian Wells.

Pemain Kazakhstan itu menundukkan Sabalenka 6-0, 6-3 dalam perlawanan akhir kejohanan pemanas badan di Brisbane minggu lalu untuk mara ke kedudukan ketiga dalam ranking dunia, mendahului Gauff.

Gauff mula mencatat kejayaan di Melbourne Park ketika berusia 15 tahun apabila menewaskan Venus Williams dan juara bertahan, Osaka, dalam perjalanannya ke pusingan keempat pada 2020, peringkat yang turut dicapainya pada 2023.

Beliau tidak mengurangkan usahanya sejak memenangi gelaran ‘Grand Slam’ pertamanya di Terbuka Amerika Syarikat pada 2023 dan mempamerkan permainan yang kukuh untuk mempertahankan gelarannya di Auckland. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg