Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA JUARA-JUARA EROPAH

Seri, tapi City tetap layak ke pusingan kalah mati

Oct 13, 2022 | 05:30 AM



COPENHAGEN: Pasukan Manchester City, yang mengakhiri perlawanan dengan 10 pemain terpaksa berpuas hati berkongsi mata dengan FC Copenhagen dalam Liga Juara-Juara Eropah semalam.



City bagaimanapun berjaya melayakkan diri ke pusingan kalah mati selepas dua lagi pasukan dalam Kumpulan G, Sevilla dan Borussia Dortmund seri dalam perlawanan mereka.



Pembukaan pengalaman dramatik menyaksikan dua keputusan pengadil yang dipertikaikan menetapkan rentak bagi perlawanan malam itu.



Percubaan mantap Rodri dari jarak jauh yang menemui sasaran untuk City dinilai tidak sah oleh pengadil setelah Riyad Mahrez dikatakan menggunakan tangannya ketika mengawal bola.



Pasukan pelawat itu kemudian dihadiahkan sepakan penalti apabila bola terkena tangan pemain pertahanan Copenhagen Nicolai Boilesen ketika beliau bergelut bola dari sepakan sudut dengan Manuel Akanji.



Namun, penjaga gol Copenhagen Kamil Grabara beraksi cemerlang untuk menyelamatkan tendangan penalti Mahrez untuk membawa keriuhan dalam Stadium Parken.



Ini sebelum pemain City Sergio Gomez dibuang padang kerana melakukan foul profesional ke atas penyerang berusia 19 tahun, Hakon Haraldsson lima minit kemudian.



Keputusan itu sekali lagi dibuat selepas pengadil asal Portugal, Artur Dias dirujuk untuk menonton semula aksi dari monitor di tepi padang dan menyebabkan juara liga England itu terpaksa membentuk semula formasi dan bermain sejam terakhir perlawanan dengan kurang seorang pemain.



Erling Haaland, yang di bangku simpanan sepanjang perlawanan, tidak digunakan menentang lawan yang dibelasah 5-0 di Manchester kurang seminggu lalu.



Menjelaskan keputusannya untuk tidak menurunkan pemain Norway itu, Guardiola berkata: "Dia menamatkan perlawanan menentang Southampton jadi dia rasa sangat letih dan tidak pulih dengan baik.



"Semalam tidak bagus, hari ini lebih baik sedikit tetapi tidak sempurna jadi kami memutuskan untuk tidak mengambil risiko."



Dalam perlawanan lain kelmarin, Real Madrid mara ke kelompok 16 terakhir Liga Juara-Juara selepas seri 1-1 berdepan Shakhtar Donetsk di Warsaw.



Antonio Rudiger menanduk masuk pada penghujung aksi untuk menyamakan kedudukan dan memberikan juara bertahan itu laluan ke peringkat kalah mati.



Skuad dari Ukraine itu yang beraksi dekat Poland kerana pencerobohan Russia ke atas Ukraine, menampilkan aksi terbaik dengan mendahului menerusi Oleksandr Zubkov pada awal babak kedua.



Ia tampak seperti Madrid akan mengalami kekalahan pertama musim ini dalam semua kejohanan sebelum Rudiger menanduk masuk hantaran Toni Kroos pada lima minit tambahan masa ketika dia bertembung dengan penjaga gol Anatoliy Trubin bagi mendapatkan jaringan itu. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >