THE STRAITS TIMES RUN 2019
Sertai ST Run untuk pererat hubungan dengan anak, beriadah
Aug 15, 2019 | 05:30 AM
BAGI Encik Mohamad Yusoff, The Straits Times Run (ST Run) bukan sahaja satu acara larian tahunan yang menarik, malah ia merupakan peluang mengeratkan ikatan dengan kedua-dua anak perempuan kembarnya.
Pada 29 September ini, Encik Yusoff akan menyertai ST Run untuk tahun ketiga berturut-turut.