Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LAWATAN PRESIDEN IOC KE S'PURA

SG ditimbang jadi hos Pesta Sukan Maya Olimpik 2023: Bach

Apr 29, 2022 | 05:30 AM



SINGAPURA berpeluang menjadi tuan rumah bagi Pesta Sukan Maya Olimpik yang pertama tahun depan, umum Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Thomas Bach.



Bach, 68 tahun, kini berada di Singapura untuk satu lawatan selama sehari atas undangan Naib Presiden IOC, Ng Ser Miang. Beliau tiba di sini pagi semalam. Ini merupakan lawatan sulung Bach di Singapura sebagai presiden IOC. Beliau menerajui IOC sejak 2013.



Berucap di satu jamuan makan tengah hari di Skai Suites di Hotel Swissotel The Stamford tengah hari semalam, Bach berkata IOC sedang meneroka Singapura sebagai destinasi untuk mengadakan Pesta Sukan Maya Olimpik 2023, yang akan dianjurkan buat julung-julung kali. Namun, penganjuran pesta itu tertakluk kepada rundingan berkaitan kewangan bersama IOC.



"Saya akan rasa berbesar hati untuk mengadakan Pesta Sukan Maya Olimpik, yang pertama di sini. Singapura buat kali kedua akan berada dalam kedudukan untuk menjadi pelopor," katanya. Singapura menganjurkan edisi pertama Sukan Olimpik Belia (YOG) pada 2010.



"Ia mungkin boleh menjadi pelopor sekali lagi bagi Pesta Sukan Maya Olimpik, yang diadakan buat julung-julung kali. Tapi, ia harus berunding dengan menteri kewangan IOC," seloroh beliau. Butiran lanjut mengenai pesta sukan maya itu belum didedahkan.



Bach menambah bahawa penganjuran pesta itu menunjukkan kemajuan IOC untuk menjangkaui sukan elektronik atau e-sport, dan sukan maya, menerusi pendigitalan.



"Kami juga cuba untuk kekal di hadapan, dan bukan saja bertindak balas pada pembangunan, tapi memulakannya dan membentuk masa depan kita... kami ingin terus mencipta perubahan," ulasnya.



Jamuan semalam turut dihadiri Ng; Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Edwin Tong, Presiden Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura (SNOC), Tan Chuan-Jin; dan beberapa atlet Olimpik dan YOG negara.



Tan, yang memuji kepimpinan Bach dalam mengemudi dunia sukan keluar daripada kegelapan pandemik Covid-19, berkata:



"Saya berharap dan saya tahu Singapura akan terus berkhidmat kepada gerakan Sukan Olimpik secara positif, dan kami berharap untuk terus menjadi tuan rumah kepada lebih banyak acara IOC pada masa hadapan, dan memberi inspirasi kepada lebih ramai generasi muda Singapura untuk menyertai gerakan ini yang telah kami semua meraih manfaat."



Ketika di Singapura semalam, Bach turut mengunjungi Presiden Halimah Yacob di Istana. Beliau juga melawat Kebun Bunga Singapura di mana sekuntum bunga orkid akan dinamakan sempena beliau.



Sebatang pokok juga akan didedikasi untuknya di Gardens by The Bay. Beliau kemudian dibawa bersiar-siar dengan bot di sekitar kawasan Marina Bay diikuti dengan jamuan makan malam privet.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >