Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SUKAN SEA VIETNAM

SG tambah pingat dalam acara badminton, kayak dan tinju; duduki tangga keempat

May 22, 2022 | 05:30 AM



SINGAPURA menambah lagi pungutan pingatnya dalam Sukan SEA Hanoi di Vietnam menerusi sukan badminton, kayak dan tinju.



Di Gimnasium Bac Giang petang semalam, pemain badminton negara menghasilkan tiga pingat gangsa dan berpeluang meraih sekurang-kurangnya satu pingat perak dalam final hari ini.



Pasangan beregu wanita Singapura, Bernice Lim dan Insyirah Khan, yang digandingkan buat pertama kali di temasya sukan ini, tewas kepada Apriyani Rahayu, pemenang pingat emas Sukan Olimpik, dan Siti Fadia Silva Ramadhanti dari Indonesia, 10-21, 7-21, dalam separuh akhir semalam.



Jasoh Teh kemudian jatuh di tangan warga Thailand, 11-21, 12-21, dalam separuh akhir acara perseorangan lelaki untuk membolot gangsa kedua negara semalam.



Terry Hee dan Loh Kean Hean turut mengalami nasib serupa dan terpaksa berpuas hati dengan gangsa selepas gagal mengatasi pasangan Indonesia, Pramudya Kusumawardana dan Yeremia Erich Yoche Yacob Rambitan.



Saingan sengit antara kedua-dua negara dalam separuh akhir acara beregu lelaki itu dimainkan hingga ke pusingan ketiga dan penentu, dengan Indonesia muncul pe- menang 15-21, 21-17, 21-19.



Sehingga akhbar ini dicetak, Singapura turut diwakili dalam satu lagi separuh akhir acara perseorangan lelaki semalam. Juara dunia, Loh Kean Yew, menentang harapan tuan rumah Nguyen Tien Minh dari Vietnam.



Loh, pemain nombor 10 dunia, sudah menggondol pingat perak di edisi Filipina pada 2019 dan gangsa pada 2015 di laman sendiri dalam acara itu.



Beliau akan sasar untuk merangkul pingat emas pertama negara dalam acara itu sejak 1983, hasil kemenangan Wong Shoon Keat.



Bagi sukan kayak, Singapura berjaya meraih pingat gangsa dalam perlumbaan kayak berkumpulan (K4) 500 meter.



Pasukan yang disertai Brandon Ooi, Daniel Koh, Pan Congchang dan Jovi Jayden itu berjaya menamatkan perlumbaan dalam masa 1 minit 32.025 saat.



Mereka menduduki tempat ketiga, di belakang Indonesia (1:29.562) dan Thailand (1:31.087), daripada enam pasukan di Pusat Latihan Berkanu dan Mendayung Hai Phong semalam.



Dalam gelanggang tinju pula, Muhammad Dinie Hakeem Abdul Rahman hanya mampu meraih pingat gangsa selepas tumpas kepada petinju Kemboja, Phearak Ong, melalui tewas teknik atau 'technical knockout' (TKO) dalam separuh akhir di Gimnasium Bac Ninh kelmarin.



Ini adalah gangsa kedua buat petinju berusia 25 tahun itu dalam kategori 75 hingga 81 kilogram. Beliau mengulangi persembahannya di edisi temasya Kuala Lumpur pada 2017.



Rakan senegara, Mohd Hanurdeen Hamid pula terkandas di suku akhir dalam acara 'flywieght' (52-57kg) lelaki. Kemarau Singapura untuk merangkul pingat emas dalam tinju berterusan. Kali terakhir ia dimenangi ialah pada Sukan SEA 1985 di Bangkok oleh Mohammed Mukhlis Amat.



Sehingga petang semalam, Singapura sudah membolot 47 emas, 44 perak dan 67 gangsa di Sukan SEA Hanoi dan kini menduduki tangga keempat daripada 11 negara Asia Tenggara.



Tuan rumah, Vietnam mendahului kedudukan (170, 100, 102), diikuti dengan Thailand (73, 80, 115) dan Indonesia (57, 75, 65).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >