Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA SINGAPURA

Shahdan yakin pasukan dapat bangkit

Oct 07, 2022 | 05:30 AM



MESKIPUN Lion City Sailor sedang melalui tempoh mengecewakan sejak beberapa perlawanan lalu, bintang midfield Shahdan Sulaiman berkata beliau tetap yakin pasukannya itu dapat bangkit dan mengubah nasib mereka bagi mempertahankan mahkota Liga Perdana Singapura (SPL) musim ini.



Juara bertahan Sailors mengalami tiga kekalahan berturut-turut baru-baru ini - yang menyebabkan mereka jatuh ke tangga kedua - dan berdepan ujian besar menentang pendahulu liga Albirex Niigata di Stadium Jalan Besar malam ini.



Albirex kini memiliki kelebihan empat mata dengan musim berbaki tiga perlawanan.



Jika kalah - bagi kali keempat berturut-turut - Sailors akan menghadiahkan Albirex trofi kejuaraan kelima mereka dalam tujuh tahun.



Pada musim ini, Sailors belum berjaya menewaskan Albirex dalam liga - kalah dua perlawanan, seri sekali - kecuali menang 2-1 ketika menjulang trofi Perisai Masyarakat AIA pada Februari tahun ini.



"Perlawanan antara kami dengan Albirex sentiasa sengit. Tapi, mudah-mudahan, kami dapat mengalahkan mereka kali ini di saat yang benar-benar penting," kata Shahdan, 34 tahun, kepada Berita Harian.



"Perlawanan ini akan menentukan kebangkitan kami. Sekiranya kami berjaya menang (malam ini), kami boleh mengubah kedudukan dan kedua-dua pasukan akan berentap mati-matian bagi kejuaraaan sehingga penghujung musim."



Ditanya apa punca kepada kemerosotan pada prestasi Sailors, Shahdan gagal mencari kata untuk memberi jawapan.



"Sejujurnya, saya tidak tahu apa sebabnya. Saya fikir kami dihukum kerana membuat kesilapan yang menjejas keputusan perlawanan... (Untuk malam ini) kami harus beraksi lebih tajam dan bermain sebagai satu unit," tambah beliau.



Sailors, bagaimanapun, harus mencari inspirasi bagi kemenangan itu tanpa pemain tunggak pertahanan, kapten Hariss Harun (digantung selepas dilayangkan kad merah dalam perlawanan sebelumnya) dan Pedro Henrique (kecederaan).



Pemain tengah Amirul Adli dan Bill Mamadou, pemain bek kanan Nur Adam Abdullah dan pemain midfield M. Anumanthan mampu mengisi kekosongan itu, kata ketua jurulatih sementara Sailors, Luka Lalic.



Warga Serbia itu juga menggesa anak didiknya menunjukkan daya tahan mental yang kuat menentang Albirex malam ini.



"Keputusan tiga perlawanan lalu bukanlah ideal... Kita harus ketepikan semua itu. Sailors ialah juara bertahan dan kami harus membuktikan bahawa juara boleh bermain bola sepak yang hebat," ujarnya.



Lalic, yang menggantikan Kim Do-hoon selepas jurulatih Korea Selatan itu meninggalkan kelab Ogos lalu, mengagumkan di awal pelantikannya apabila menang besar 10-1, 7-0 dan 9-4 menentang Young Lions, Tanjong Pagar United dan Hougang United.



Namun kini, dengan tiga kekalahanan berturut-turut, keupayaan Lalic memimpin Sailors untuk merangkul kejuaraan liga dipertikaikan ramai.



"Saya hanya cuba membantu kelab dalam peralihan mereka ke fasa seterusnya. Saya tidak melihat keputusan ini sebagai se suatu yang menjejas jawatan saya.



"Saya gembira dapat bantu kelab dalam apa jua tugas. Dan jika mereka putuskan untuk saya kekal dalam jawatan ini, baiklah.



"Kalau tidak, saya akan lakukan apa saja yang saya mampu untuk bantu mereka cari pengganti yang lebih baik.



"Saya seorang Sailor, di luar dan dalam jiwa saya," tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >