Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Shannon Tan terus kejar minat dalam golf

Henti pengajian universiti untuk beri tumpuan
sebagai pemain profesional
Feb 07, 2024 | 06:30 PM



Sejak beberapa minggu lalu, Shannon Tan amat sibuk selepas menjadi pemain golf Singapura pertama yang layak ke Jelajah Eropah Wanita (LET) pada Disember.

Selepas memutuskan untuk menjadi pemain profesional, remaja berusia 19 tahun itu kembali ke Universiti Teknologi Texas di Amerika Syarikat, tempat beliau menerima biasiswa sukan, untuk mengemas barangnya dan berhenti mengikuti pengajian di universiti itu.

Beliau kemudian menuju ke Australia untuk dua kejohanan, permainan pertamanya yang menawarkan hadiah dan mata ranking, dan berjaya menunjukkan prestasi baik.

Beliau yang berkongsi tempat kedua pada Siri Pemain Webex di Murray River dari 17 hingga 21 Januari, dan berada di tempat kelapan pada Terbuka Victorian dari 1 hingga 4 Februari, hanya meraih pendapatan lebih A$36,000 (S$31,473).

Seterusnya beliau akan menyertai Terbuka Wanita Kenya Ajaib dari 8 hingga 11 Februari, yang merupakan penampilan sulungnya di LET.

Beliau menyatakan tidak berasa gelisah dan bersedia membuat langkah seterusnya dalam kerjayanya, lapor The Straits Times.


Katanya: “Saya hanya ingin melakukan yang terbaik, mendapatkan pengalaman dan pendedahan, dan membiasakan diri dengan perjalanan ke negara berlainan.”

Kedua-dua acara di Australia itu adalah pembuka mata baginya.

“Terdapat banyak penonton dan kamera televisyen... saya menyukainya. Ia adalah pengalaman yang baik,” tambahnya.

Namun, golf profesional bukan sekadar glamor.

Persaingannya lebih sengit daripada litar amatur, dan ada tugas biasa seperti mengatur logistik penerbangan dan visa yang diperlukan untuk perjalanan ke pelbagai kejohanan di seluruh dunia.

Di luar musim golf, Tan berlatih bermain golf, dengan memukul bola golf selama satu setengah jam, melakukan ‘chipping’ selama satu setengah jam, dan menghabiskan lagi sejam membuat ‘putting’ setiap hari.

Beliau turut maklum mengenai pengorbanan yang diperlukan sebagai pemain profesional.

Bagaimanapun, meninggalkan universiti bukanlah satu keputusan yang mudah, katanya.

“Golf di kolej memberi suasana menarik, semuanya kelihatan baik di Texas. Itu menjadi salah satu pertimbangan saya, selain aspek akademik. Tetapi saya berasa saya sentiasa boleh kembali (ke universiti) dan menyambung ijazah saya,” ujar beliau.

“Anda boleh menangguh pengajian tetapi anda tidak boleh menangguh golf. Itu menyumbang kepada keputusan saya. Saya juga akan meninggalkan pasukan saya selepas satu setengah tahun. Itu satu lagi pertimbangan besar bagi saya,” tambahnya.

Tan berusia lima tahun semasa bapanya memperkenalkan kepada permainan golf kepadanya. Beliau kemudian ingin menjadikan golf sebagai kerjayanya.

Beliau menghabiskan berjam-jam menonton kejohanan di televisyen dan mengagumi pemain golf warga Amerika Paula Creamer dan Stacy Lewis.

Tan akan bergegas menyiapkan kerja sekolahnya supaya dapat pergi ke padang golf. Pada usia lapan tahun, beliau menyertai permainan golf sembilan lubang enam kali seminggu.

Beliau begitu berminat terhadap golf sehingga meninggalkan Singapura selepas menamatkan pengajian Menengah 1 dan berpindah ke Australia, di mana suasananya lebih selesa untuk beliau berlatih dan bersaing.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >