Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Shanti pecah rekod larian 100m nasional dua kali di Jerman

Masa 11.26 saatnya terpantas di Asia bagi acara wanita dalam 2023.
May 30, 2023 | 5:30 AM
TERUSKAN MOMENTUM: Shanti Pereira (kiri) selepas melangkah garisan penamat di peringkat akhir acara 100 meter Sukan SEA Kemboja.
TERUSKAN MOMENTUM: Shanti Pereira (kiri) selepas melangkah garisan penamat di peringkat akhir acara 100 meter Sukan SEA Kemboja. - Foto FAIL

RATU pecut Singapura Shanti Pereira terus memaparkan prestasi cemerlang dalam Pertemuan Sukan Pentecost Antarabangsa ke-58 di Rehlingen, Jerman. pada Ahad.

Beliau memecahkan rekod lumba lari pecut Singapura bagi wanita bukan sekali, tetapi dua kali dalam sehari.

Atlet berusia 26 tahun itu mencatatkan masa 11.34 saat pada peringkat saringan bagi perlumbaan di Jerman itu dan memecahkan rekod 11.37 saat yang dipegangnya di Terbuka Balapan dan Padang Australia di Brisbane pada April.

Beberapa jam kemudian, pada peringkat akhir perlumbaan itu, Shanti memecahkan rekod itu dengan mencatat masa 11.26 saat, sekali gus mendapat tempat kedua. Tempat pertama dimenangi Patrizia van der Weken dari Luxembourg dengan catatan masa 11.12 saat.

Ia masa terpantas yang dicatatkan oleh wanita Asia dalam pertandingan itu dalam 2023.

Bercakap kepada The Straits Times (ST), Shanti berkata: “Saya masih terketar-ketar... saya tidak sangka saya dapat mencatat masa itu. Saya amat terperanjat tetapi berasa sangat teruja.

“Saya gembira saya dapat melaksana apa yang saya inginkan semasa perlumbaan kerana jurulatih saya dan saya telah berusaha memperbaiki larian saya dari peringkat pertengahan hingga akhir perlumbaan.

“Saya jangka (dapat mencatatkan) masa bawah 11.30 saat... jadi saya berasa seperti saya berada dalam prestasi untuk catatkan masa peribadi terbaik.”

Secara keseluruhan, beliau telah berjaya memecahkan rekod Singapura sebanyak lima kali dalam 2023 bagi lumba lari 100 meter dan tiga kali bagi acara 200 meter.

Beliau atlet wanita pertama Singapura yang memenangi kedua-dua acara, 100 meter dan 200 meter, di Sukan SEA Kemboja baru-baru ini. Shanti memecahkan rekod Sukan SEA iaitu 23.01 saat bagi acara 200 meter dengan catatan masa 22.69 saat.

Beliau akan bertanding dalam perlumbaan di Switzerland dan Perancis sebelum pulang ke Singapura pada 21 Jun bagi membuat persediaan untuk Kejohanan Olahraga Asia dari 12-16 Julai dan Sukan Asia Hangzhou dari 23 September hingga 8 Oktober.

Dalam pada itu, jurulatih Shanti, Luis Cunha, menjangka masa lebih pantas daripadanya.

Beliau menjelaskan bahawa tahap “sangat tinggi” pada perlumbaan Eropah, ditambah dengan kemudahan latihan dan keadaan trek, akan membolehkan Shanti membuat meningkatan lebih lanjut.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg