Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Hatrik emas bagi Shanti - menang perlumbaan 200m dengan rekod baru Sukan SEA

May 09, 2023 | 05:30 AM



DALAM tempoh lima bulan sahaja, ratu lari pecut negara, Shanti Pereira, telah berjaya memecahkan rekod kebangsaan bagi acara pecut 200 meter sekurang-kurangnya tiga kali.



Kali ini, beliau melangkah garisan penamat di Stadium Morodok Techo pada Isnin dengan memecahkan rekod Sukan SEA dengan catatan masa 22.69 saat - rekod sebelum ini 23.01 saat.



Beliau meninggalkan pesaing terdekat dengan hampir satu saat di depan dan sekali gus memenangi acara itu.



Shanti turut berjaya mempertahankan kejuaraan Sukan SEA sebelum ini - beliau menang pingat emas pada temasya sukan itu di Hanoi pada 2022 dan apabila Singapura menjadi tuan rumah pada 2015.



Shanti berkata: "Kemenangan kali ini sangat berbeza (berbanding temasya-temasya Sukan SEA sebelum ini) kerana dari segi mental, saya rasa agak kepenatan.



"Saya sedia maklum saya mempunyai pesaing yang mencabar… jadi saya perlu tingkatkan daya persaingan saya."



Menurut beliau cuaca terik yang melanda Kemboja, dengan suhu setinggi 38 darjah Celsius, sedikit sebanyak mengubah pendekatan terhadap lariannya.



Misalnya, cara pemanasan badan perlu diolah sedikit dan dibuat di bawah teduh.



"Saya dapat mengulangi set (semasa pemanasan badan) tetapi kali ini, saya perlu simpan tenaga," jelas beliau.



Pingat perak perlumbaan itu dimenangi pelumba Vietnam, Thi Nhi Yen Tran, dengan catatan 23.54 saat manakala atlet Malaysia, Zaidatul Husniah Zulkifli, menang gangsa dengan masa 23.60 saat.



Seorang lagi atlet Singapura, Elizabeth-Ann Tan, yang juga melayakkan diri ke peringkat akhir yang sama, berjaya mencatatkan masa peribadi terbaik dan menduduki tempat kelima dengan catatan masa 24.03 saat.



Atlet lari pecut lelaki negara, Mark Lee Ren, pula menamatkan peringkat akhir di tempat kelima.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >