Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Shanti Pereira terlepas ke separuh akhir 100m Kejohanan Dunia

Aug 21, 2023 | 02:51 PM



Beliau merupakan pelari pecut wanita terpantas Asia pada 2023 namun Shanti Pereira tidak dapat mencapai kelajuan terpantasnya pada Ahad dalam pusingan saringan 100 meter dalam Kejohanan Olahraga Dunia dan terlepas melayakkan diri ke separuh akhir.

Pereira, 26 tahun, mencatat masa 11.33 saat untuk melepasi garisan penamat dalam Saringan Dua di Budapest.

Brittany Brown dari Amerika Syarikat (11.01 saat) muncul di tempat pertama, di depan warga Britain Dina Asher-Smith (11.04 saat) dan pelari Sepanyol Jael Bestue (11.28 saat). Shanti di tempat keempat.

Masa Pereira adalah 0.13 saat lebih lambat daripada prestasi peribadi terbaiknya dan rekod kebangsaan, 11.20 saat, yang dicatat dalam Kejohanan Olahraga Asia pada Julai di Bangkok, di mana beliau meraih kemenangan berganda dalam lumba pecut.

“Saya benar-benar gembira dengan perlumbaan hari ini,” kata Pereira. “Persembahan saya mungkin boleh menjadi lebih baik, tetapi saya benar-benar berterima kasih saya mendapat peluang untuk berlumba di sini dengan atlet hebat seperti Dina, kerana saya adalah peminatnya untuk sekian lama.

“Secara keseluruhannya, ia adalah mengagumkan dan saya tidak sabar untuk acara 200 meter.”

Tiga pelari terpantas dalam setiap daripada tujuh pusingan saringan di Hungary beserta tiga masa terpantas seterusnya layak ke separuh akhir pada Isnin. Final acara itu pada hari yang sama.

Pereira menduduki tempat ke-31 daripada 54 pelari dalam pusingan saringan 100 meter.

Warga Amerika Syarikat Sha’Carri Richardson, yang terlepas beraksi dalam Sukan Olimpik Tokyo pada 2021 selepas diuji positif bagi kanabis, adalah yang terpantas dengan masa 10.92 saat.

Jurulatih Pereira, Luis Cunha memberitahu The Straits Times (ST) bahawa anak didiknya “sangat hampir” mencapai sasaran 11.28 saat, yang cukup untuk membawanya ke pusingan seterusnya.


“Secara keseluruhannya, kami sangat berpuas hati dengan persembahan. Dia terus menjadi warga Asia terpantas dan ini adalah petanda baik untuk kami bagi Sukan Asia dan perlumbaan 200 meter akan datang,” katanya.

Satu lagi manfaat yang diraih daripada penyertaannya dalam Kejohanan Dunia adalah Pereira dapat berlumba dengan pelari terhebat, ujar Cunha.

“Beliau telah dapat berlatih dan berada dalam kalangan pelari wanita daripada negara terbaik, bersama mereka dan mengadakan perbualan. Beliau akan rasa dirinya sebahagian daripada para pelari elit. Ini adalah baik untuk keyakinan mana-mana,” tambah beliau seperti yang dilaporkan ST.


Pereira, yang layak ke pertemuan dunia pada 19 hingga 27 Ogos itu secara merit, kini akan mengalihkan perhatiannya kepada 200 meter, acara kegemarannya dengan pusingan saringan dijadual Rabu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >