Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Shanti teruskan prestasi mantap untuk ke final 200m

Oct 01, 2023 | 12:48 PM



HANGZHOU (China): Kira-kira 12 jam setelah menduduki tempat kedua dalam final 100 meter wanita di Sukan Asia yang sedang berlangsung, ratu pecut Singapura, Shanti Pereira, kembali ke Stadium Pusat Sukan Olimpik Hangzhou pada Ahad fokus dengan misi seterusnya.


Sambutan bagi kemenangan pingat peraknya dalam perlumbaan pada Sabtu malam itu dihentikan seketika dan Pereira, 27 tahun, menetapkan semula fokusnya bagi acara 200 meter, acara kegemarannya, pada pagi Ahad.

Walau dengan rehat hanya enam jam, beliau beraksi mantap untuk mara ke final 200 meter.

Pereira melepasi garisan penamat dengan masa 23.14 saat, untuk menjuarai saringan tiga, sekali gus mencatat masa terpantas dalam kalangan 24 pesaing secara keseluruhan. Perlumbaan final akan berlangsung pada Isnin.

Pereira berkata: “Saya dapat waktu rehat yang sedikit sebab selepas upacara penyampaian pingat saya perlu menjalani ujian antidadah, jadi saya pulang agak lewat. Tetapi, saya telah bersedia secara mental untuk menghadapi semua itu jika ia berlaku.

“Saya tahu saya harus menetapkan semula fokus, tidak kira apa jua keputusannya semalam dan fokus pada (perlumbaan) hari ini… saya agak terkejut dengan masa 23.14 saat itu.”

Dua pelari terbaik daripada setiap saringan dan dua masa terpantas seterusnya dalam kelompok pesaing keseluruhan layak ke final. Tiada separuh akhir bagi acara 200 meter wanita.

“Saya tahu saya perlu mencatat masa terbaik saya hari ini. Masa itu bergantung pada siapa yang saya berlumba dalam pusingan saringan. Tetapi, yang lebih penting ialah mendapat masa kelayakan yang baik untuk ke final,” kata juara Asia itu.

Masa terbaik peribadi Pereira dalam 200 meter ialah 22.57 saat.

Pada Sabtu, Pereira mencipta sejarah apabila beliau menamatkan penantian 49 tahun Singapura bagi pingat pertamanya dalam acara olahraga di Sukan Asia. Beliau mendapat tempat kedua dalam final 100 meter untuk memenangi perak.

Kali terakhir Singapura memenangi pingat olahraga Sukan Asia pada 1974 apabila Chee Swee Lee memenangi emas lari 400 meter wanita.

“Kemenangan itu pastinya memberi perangsang untuk final esok,” tambah Shanti. 

Dua lagi atlet Singapura, Ang Chen Xiang dan Mark Lee, berjaya melepasi pusingan saringan pada Ahad.

Ang, 29 tahun, mencatat masa 13.90 saat dalam saringan dua lompat pagar 110 meter lelaki, cukup untuk ke final pada Isnin. Beliau menduduki tempat ketujuh daripada 14 pesaing.

Lee, 19 tahun, mencatat masa peribadi terbaik baru dalam lari 200 meter lelaki. Beliau melepasi garisan penamat dengan masa 21.44 saat, cukup untuk ke separuh akhir, yang diadakan lewat Sabtu.

Pasukan sepak takraw Singapura memulakan kempen Sukan Asia mereka dengan kurang memberangsangkan dengan dikalahkan Korea Selatan 7-21, 11-21 pada pusingan kumpulan acara kuadran lelaki pada Ahad.

Singapura seterusnya akan berdepan India dan Jepun pada Isnin. Kumpulan B dianggotai Singapura, Korea Selatan, India, Jepun dan Filipina.


Hingga tengah hari Ahad, pungutan pingat Singapura ialah dua emas, lima perak dan empat gangsa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >