Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PREVIU FINAL PIALA DUNIA BOLA SEPAK WANITA

Siapa bakal muncul juara?

Aug 20, 2023 | 05:31 AM



AMERIKA SYARIKAT: Final Piala Dunia Wanita tahun ini bukanlah perlawanan kejohanan yang meletakkan perbezaan antara pasukan sebagai tarikan.


Ia bukan mengenai pasukan pilihan ramai untuk menjuarai kejohanan menentang pasukan ‘underdog’. 

Ia adalah mengenai Sepanyol lawan England – pertempuran antara dua negara bola sepak yang bersejarah dan dihormati dengan permainan hebat merupakan satu cara hidup.

Apabila kededua pasukan ini bersaing pada Ahad di Stadium Australia, mereka akan berada di sana atas sebab mudah – mereka memang layak bertanding dalam final.

Terdapat pelbagai naratif lain yang telah disaksikan dalam pertandingan ini. Ada yang menarik.

Mereka yang tidak menyebelahi mana-mana pasukan di Piala Dunia Wanita menyokong tuan rumah bersama iaitu Australia.

Pasukan yang digelar Matildas itu menambat hati peminat dengan gaya permainan yang segar, tidak takut – menyaksikan seluruh negara bersorak untuk pemain, namun akhirnya menangis bersama.

Jepun memaparkan gaya bola sepak yang boleh dianggap paling lengkap untuk empat perlawanan pertamanya, tetapi kemudian secara misteri ‘mengambil cuti’ – tewas dalam suku akhir dan dihantar pulang.

Sweden bergelut dan berjuang untuk ke separuh akhir tetapi kurang dorongan untuk meraih kemenangan.

Amerika Syarikat pula begitu menarik tetapi tidak pernah benar-benar melancarkan kempen mereka dengan baik. Ia akhirnya terkandas dalam penentuan sepakan penalti yang aneh dengan tiga pemain yang paling boleh dipercayai gagal bersikap tenang dan melihat percubaan mereka tersasar.

Perlawanan lain mempunyai cerita dan daya tarikan mereka sendiri.

Namun tidak dinafikan, final inilah yang paling tepat.

Ia bukan kerana sejarah dan penghargaan budaya Sepanyol dan England pada permainan bola sepak, tetapi kerana kededua pasukan ini memang kelihatan seperti finalis Piala Dunia.

Kejohanan bola sepak terhebat dunia itu merangkumi beberapa perkara yang biasa berlaku dan perjuangan sebelum acara adalah salah satu daripadanya.

Sepanyol mengalaminya dalam bentuk gangguan antara pemain dengan persekutuan mereka.

Antara lain, 15 anggota skuad itu menghantar surat pada musim gugur lalu, enggan bermain sehingga isu mengenai persekitaran yang dicipta oleh ketua jurulatih, Jorge Vilda ditangani.

Persiapan England pula dihimpit kecederaan. Kapten Leah Williamson dan pemain bintang Fran Kirby dan Beth Mead terlepas beraksi – merobek tulang belakang skuad yang memenangi Kejohanan Eropah.

Bagaimanapun, tanpa disedari, ia membenarkan bintang baru untuk muncul, seperti Alessia Russo, Lauren Hemp dan pemain tengah yang mendebarkan – Lauren James – yang akan kembali selepas digantung.

Hanya segelintir pasukan benar-benar mempunyai kempen lancar dalam kejohanan utama, dengan pemenang paling layak diuji serta-merta.

Aitana Bonmati dan rakan sepasukan diporak-peranda oleh Jepun pada peringkat kumpulan tetapi bangkit semula menewaskan Switzerland, kemudian menemui bintang baru – pemain remaja Salma Paralluelo, penyelamat yang menjaringkan gol pada suku akhir dan separuh akhir.

Di bawah ketua jurulatih Sarina Wiegman, England kelihatan goyah dalam perlawanan kumpulan pertamanya, terselamat daripada penentuan sepakan penalti semasa menentang Nigeria, berjuang mengatasi ketinggalan semasa menentang Colombia dan berjaya membuat penonton yang riuh di Sydney bertukar senyap pada separuh akhir.

“Kami telah melihat masa sukar,” kata Bonmati kepada media. “Kami telah bertindak balas.”

“Ia tidak mudah,” kata Ella Toone dari England. “Tetapi, kami telah berkembang dan belajar daripada setiap perlawanan dan setiap cabaran.”

England pimpinan Wiegman dan Sepanyol kendalian Vilda sudah bersedia.

Dua skuad dipenuhi dengan mutu dan ramai pemain bintang yang semakin meningkat naik.

Ia juga adalah gabungan gaya permainan yang berbeza.

Sepanyol mementingkan pemilikan bola dengan melakukan hantaran dekat antara pemain.

England juga gemar memegang bola, tetapi ditambah dengan aksi fizikal yang tiada belas kasihan.

Kedua-dua pasukan tidak pernah berada di final Piala Dunia sebelum ini.

Pencapaian luar biasa dan sejarah baru bakal wujud di akhir perlawanan. – Agensi berita. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >