Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

REVIU AUSTRALIA LWN DENMARK

Siapa sangka Australia mara...

Skuad 'biasa-biasa' Aust kejutkan Denmark untuk duduki tangga kedua Kumpulan D, di belakang Perancis
Dec 02, 2022 | 05:30 AM



DOHA: Dalam kumpulan yang turut dianggotai dua bekas juara Eropah, Australia dijangka bergelut untuk mengutip mata dan sama sekali tidak dijangka melayakkan diri ke pusingan seterusnya.



Namun, di akhir pusingan kumpulan, Australia mara ke pusingan kalah mati sebagai naib juara Kumpulan D dengan mengutip enam mata - jumlah mata yang sama dengan juara kumpulan, Perancis, yang juga bekas juara Eropah dan juara bertahan di pertandingan ini.



Tiga mata terakhir dikutip oleh Australia semalam, apabila ia menewaskan Denmark 1-0, menjerumus bekas juara Eropah itu ke tangga paling bawah kumpulan, sekali gus menyingkirkan pasukan yang ditaburi pemain bertaraf bintang dari Piala Dunia.



Pencapaian itu membuka laluannya ke pusingan kalah mati dan satu lagi perlawanan dengan gergasi bola sepak.



Kini, Lionel Messi dan Argentina - juara Piala Dunia dua kali - menanti Australia di pusingan kalah mati.



Berita kemenangan Australia itu disambut dengan 'pesta' meriah di Melbourne, dengan sekumpulan peminat setia pasukan bola sepak itu berhimpun untuk menyaksikan perlawanan itu walaupun ia berlangsung pada waktu dini hari.



Sekitar 3.18 pagi di Melbourne, kumpulan yang berhimpun di Fed Square memulakan pesta.



Waktu itu adalah apabila Matthew Leckie memperdayakan Kasper Schmeichel di gawang Denmark untuk membuka tirai jaringan pada minit ke-60 di Stadium Al Janoub di Qatar, dan rupa-rupanya ia menjadi gol kemenangan Australia.



Sehingga saat itu, dan juga selepas gol itu dijaringkan, Denmark telah menguasai sebahagian besar permainan dan membedil benteng Australia bertubi-tubi.



Hanya tuah dan beberapa aksi cemerlang pemain berjersi kuning hijau berjaya mengadang Denmark daripada menjaringkan gol.



Gol yang dijaringkan Leckie hasil satu serangan balas itu bermakna Tunisia juga tersingkir dari pertandingan, walaupun ia berjaya menundukkan Perancis 1-0 untuk mengakhiri pusingan kumpulan di tangga ketiga.



Pencapaian pasukan dari Australia ini mungkin menunjukkan bagaimana pasukan yang dibentuk pemain 'biasa-biasa' - kebanyakan pemainnya beraksi dalam liga domestik - boleh meraih kejayaan di luar dugaan dengan kerjasama dan semangat kental berpasukan.



Namun pemain 'biasa-biasa' ini, seperti Leckie, 31 tahun, dari Melbourne City FC, kapten Mathew Ryan, bekas penjaga gawang Arsenal yang kini beraksi di Denmark dengan FC Copenhagen, serta pemain pertahanan Harry Souttar, 24 tahun, yang beraksi dengan Stoke di England, berjaya mencatatkan 'keajaiban' - mengikuti jejak skuad 'glamor' Australia di Piala Dunia 2006 yang diterajui bintang Everton, Tim Cahill, mara ke pusingan kalah mati buat julung-julung kali.



Beliau juga disokong kumpulan pemain Liga Perdana England (EPL) yang lain seperti Harry Kewell (Liverpool) serta Mark Viduka dan Mark Schwarzer, kededuanya pernah menyarung jersi Middlesbrough.



Hanya satu talian hubungan berkekalan dari era itu - pengurusnya Graham Arnold, yang kini memimpin Australia.



Beliau telah mendukung peranan penolong jurulatih kepada Guus Hiddink semasa pengurus asal Belanda itu memimpin Australia 16 tahun lalu.



Bercakap dengan BBC selepas wisel penamat, Arnold berkata:



"Saya amat bangga bukan sahaja dengan pencapaian ini malah dengan usaha yang ditunjukkan setiap pemain.



"Mereka melangkah ke padang dengan pemikiran yang betul dan mereka yakin dan bersemangat untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan.



"Lihat sahaja pada mata mereka. Semangat yang terpancar itu dapat saya lihat sepanjang Piala Dunia ini."



Tekad yang sama juga diperlukan jika pasukan negara kanggaru itu - yang lebih dikenali dengan sukan ragbi dan kriket - mahu mencatatkan satu lagi kejutan dalam pertemuan dengan Argentina nanti.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >