Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

ATLET DALAM TUMPUAN

Siapa terjejas dengan ketibaan Antony di Man U?

Sep 05, 2022 | 05:30 AM



MANCHESTER United berjaya menarik pemain sayap Brazil, Antony, ke barisan serangan mereka baru-baru ini apabila beliau berpindah ke kelab England itu.



Perpindahan itu dilaporkan bernilai £80.75 juta ($131.80 juta) dengan nilai tambahan £4.25 juta ($6.94 juta).



Ketibaan beliau membuat Antony menjadi pemain kedua termahal menyertai kelab Old Trafford itu.



Tetapi mengapa pengurus United, Erik ten Hag, begitu ghairah untuk bersatu semula dengan penyerang itu, yang bersamanya di Ajax? Dan bagaimanakah beliau dapat meyakinkan United membelanjakan wang sebanyak itu untuk membawanya ke kelab terbesar di England itu?



Secara ringkas, pemain berusia 22 tahun itu mampu mengubah perlawanan. Beliau juga seorang pemain di mana Ten Hag percaya masih belum mencapai potensi sepenuhnya.



Malah, jurulatih Brazil, Tite, menyamakan Antony dengan Neymar dari segi skil.



Sepanjang dua tahun di Belanda, beliau mempamerkan kebolehannya menjadi pemain utama dalam kejuaraan-kejuaraan Ajax sewaktu beliau di sana.



Beliau belum lagi menjadi penjaring gol yang prolifik, dengan 21 gol dalam 74 penampilan, tetapi mempunyai kebolehan untuk membuka ruang pertahanan dengan kelincahan dan tanpa berfikir dua kali.



ADAKAH BELIAU PILIHAN UTAMA UNITED?



Rancangan perpindahan United telah berubah secara tidak menentu musim panas ini - terutama dari segi sasaran bahagian serangan mereka.



Darwin Nunez adalah penyerang yang mereka inginkan dengan minat terhadapnya bermula sebelum pelantikan Ten Hag lagi.



Namun, mereka menarik diri untuk mengelakkan bersaing bidaan dengan Liverpool.



Meskipun jelas bahawa pemain itu lebih berminat ke Anfield, Nunez juga bukanlah dianggap sebagai pemain pilihan utama Ten Hag.



Perhatian kemudian dipindah ke Antony serta merta dan dengan kesungguhan Ajax untuk meningkatkan harganya, persetujuan tidak dicapai secepat mungkin.



United juga telah melihat tawaran bagi Benjamin Sesko, Marko Arnautovic dan Cody Gakpo tetapi Antony telah lama menjadi penyerang pilihan Ten Hag dan boleh dikatakan mendahului Nunez.



DARI MANA DATANGNYA WANG ITU?



Keputusan mengutamakan pemain tengah Barcelona De Jong bermakna sebahagian besar bajet mereka terpaksa diketepikan untuknya.



Langkah besar lain terpaksa ditangguhkan dan itulah sebabnya United meluaskan pencarian mereka untuk pilihan penyerang yang lebih dimampui sekiranya mereka mendapatkan De Jong.



Pembelian Casemiro tanda United sedia berbelanja tetapi United juga telah melihat cara lain untuk belanjawan mereka.



Walaupun pemergian Paul Pogba, Edinson Cavani, Juan Mata, Nemanja Matic dan Jesse Lingard 'dilepaskan' untuk menjadi ejen bebas, pemergian mereka dari kelab itu telah mengurangkan pembayaran gaji tahunan secara besar-besaran.



Itu telah memberi United lebih banyak ruang untuk bergerak, termasuk perpindahan pinjaman Dean Henderson, Alex Telles dan Eric Bailly, yang akan menyebabkan gaji mereka tidak perlu dibayar.



APAKAH KESANNYA TERHADAP PEMAIN LAIN?



Antony akan segera mencabar Marcus Rashford dan Jadon Sancho untuk satu daripada dua posisi sayap United.



Ten Hag menggunakan beliau di sebelah kanan di Ajax, tetapi beliau mampu bermain di kedua-dua belah sayap.



Ketibaannya akan memberikan pengurus United lebih banyak kebebasan untuk memindahkan Rashford ke posisi penyerang di tengah, yang beliau berjaya lakukannya dalam kemenangan 2-1 ke atas Liverpool bulan lalu.



Itulah sebabnya Ten Hag begitu berhasrat untuk membeli Antony kerana beliau percaya terdapat fleksibiliti yang mencukupi di bahagian serangan United.



Ten Hag juga gembira dengan tindak balas Sancho terhadap gaya yang diinginkannya di padang, jadi tidak mungkin pemain antarabangsa England itu akan digugurkan.



ADAKAH HARGA MAHAL BELIAU WAJAR UNTUK UNITED?



Hanya masa yang akan menentukannya - tetapi Ten Hag amat mengenali Antony dan bersedia untuk mempertaruhkan reputasinya bagi membuktikan ia perpindahan yang berbaloi.



Bekas pemain United, Gary Neville, berkata pasaran di Belanda tidak gambarkan keadaan sebenar dan United telah membuat kesilapan pada masa lalu.



Sedang Jaap Stam dan Ruud van Nistelrooy mencapai kejayaan besar selepas berpindah dari Belanda ke Old Trafford, pemain seperti Memphis Depay pula 'tidak menjadi' selepas perpindahan berprofil tinggi dari PSV Eindhoven.



Meskipun Ten Hag tahu akan kebolehan Antony dan yakin ia serasi di Liga Perdana, tiada jaminan bahawa beliau akan berjaya.



Sekiranya tindakan Ten Hag terbukti tepat, Old Trafford yakin nilai Antony akan melonjak pada tahun-tahun akan datang. - HAKIM YUSOF




DUA BINTANG TERANCAM?



Antony akan segera mencabar Marcus Rashford dan Jadon Sancho untuk satu daripada dua posisi sayap United. Ten Hag gunakan Antony di sebelah kanan di Ajax, tetapi beliau mampu bermain di kedua-dua belah sayap.



Ketibaannya berikan Ten Hag lebih banyak kebebasan untuk pindahkan Rashford jadi penyerang di tengah.



Ten Hag juga gembira dengan persembahan Sancho di padang, jadi tidak mungkin pemain antarabangsa England itu akan digugurkan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >