Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SILAT

Silat sasar 3 pingat emas di Sukan SEA

Pesilat negara berpeluang uji ketangkasan di Kejohanan Pencak Silat SEA pada 25 hingga 27 Februari sebelum ke Hanoi
Feb 09, 2022 | 05:30 AM



SKUAD silat nasional memburu tiga pingat emas di Sukan SEA 2022 pada Mei ini, kata ketua pegawai eksekutif Persekutuan Silat Singapura (Persisi), Sheik Alau'ddin Yacoob Marican.



Menjelang kejohanan dwitahunan di Hanoi, Vietnam itu, pesilat negara yang sedang mempergiat persiapan, berpeluang menguji ketangkasan mereka apabila bersaing dengan lawan serantau di Kejohanan Kejohanan Pencak Silat Asia Tenggara (SEA) yang bakal diadakan di Singapura pada 25 hingga 27 Februari ini.



Kejohanan itu, yang bakal diadakan di Dewan Satu OCBC Arena, secara tradisi dilihat sebagai pertandingan latihan menjelang Sukan SEA.



Ia juga adalah kejohanan silat utama yang pertama diadakan di sini sejak Covid-19 melanda sekitar dua tahun lalu.



Menjawab pertanyaan Berita Harian (BH) semalam, Sheik Alau'ddin berkata pasukan silat Singapura menetapkan sasaran membawa pulang tiga pingat emas, tiga pingat perak dan enam pingat gangsa dari Hanoi.



Justeru, Kejohanan Pencak Silat SEA bulan ini adalah penting untuk menilai persediaan dan persembahan pesilat menjelang Sukan SEA, terutamanya dengan perubahan pada peraturan dalam kategori tanding yang diluluskan pada Februari lalu.



Peraturan baru memberi kelonggaran kepada pesaing ketika menarik pakaian lawan sambil mereka cuba menumbuk atau menendang untuk meraih mata.



Masa yang diperuntuk bagi pemberhentian dalam setiap perlawanan juga dikurangkan.



"Kejohanan ini sepenuhnya menyediakan peluang sama rata untuk pesilat mencuba dan bersaing mengikut peraturan baru, tidak kira sama ada mereka juara dunia, pesilat veteran atau baru," katanya.



"Bagi kami pula, pertandingan ini penting untuk kami melihat persembahan pesilat kita, sama ada mereka bersedia untuk bertanding di bawah konsep baru ini dan memilih pesilat yang terbaik untuk mewakili Singapura di Sukan SEA."



Pesilat Singapura akan berdepan musuh ketat mereka dari pasukan silat hebat Asean - Vietnam, Malaysia dan Indonesia di Kejohanan Pencak Silat SEA bulan ini.



"Vietnam adalah pasukan paling kuat mengikut sejarah, dan Indonesia dan Malaysia tidak kurang hebatnya. Jadi, kami bersaing dengan tiga pasukan gergasi sukan ini yang akan bersaing di Sukan SEA dan cuba menang banyak pingat.



"Kejohanan ini adalah baik untuk kami melihat peluang kemenangan kami di Sukan SEA nanti," tambah Sheik Alau'ddin.



Kira-kira 135 atlet dijangka mengambil bahagian di Kejohanan Pencak Silat SEA, dengan 107 daripada mereka merangkumi atlet asing.



Mereka akan perlu mematuhi jadual perjalanan terkawal yang serupa dengan pesaing seni pertahanan diri campuran di acara One Championship sepanjang 18 bulan lalu, dan pemain bola sepak di Piala Suzuki AFF pada Disember lalu.



Mereka hanya boleh membuat perjalanan dari hotel yang ditentukan ke tempat latihan dan perlawanan, dan tidak dibenarkan membuat perjalanan atau mengambil bahagian dalam aktiviti di luar jadual perjalanan.



Menurut Sheik Alau'ddin, empat negara lain pada awalnya berminat untuk mengambil bahagian namun menarik diri selepas dimaklumkan mengenai protokol Covid-19 dan kosnya.



Muhammad Hazim Mohd Yusli, 21 tahun, yang dinobat Pemain Muda Lelaki Terbaik pada 2019 selepas merangkul gelaran juara dunia Kelas B (50-55 kilogram) pada 2018, ghairah ketika mendapat berita mengenai kejohanan itu.



Ini memandangkan beliau sudah sekian lama tidak bertanding dalam pertandingan utama menentang pesaing di rantau ini dek pandemik Covid-19.



"Akhirnya, saya dapat lihat bagaimana persembahan saya di bawah peraturan baru. Saya rasa sedikit gementar, tapi saya tidak sabar untuk bersaing," katanya kepada The Straits Times.



Kejohanan Pencak Silat SEA akan dibahagikan kepada dua sesi - petang dan malam - setiap hari sepanjang tiga hari pertandingan. Jumlah penonton akan dihadkan kepada 300 orang bagi setiap sesi.Masuk percuma, tetapi penonton harus mendaftar minat untuk menonton dahulu di portal yang akan diumumkan pada tarikh dekat dengan pertandingan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >