PESILAT negara kini tidak lagi perlu menjelajah jauh bagi mencari rakan sparring atau lawan yang handal bagi menguji keupayaan dalam latihan.
Sejak akhir tahun lalu, Persekutuan Silat Singapura (Persisi) telah mendapatkan khidmat tiga pesilat dari Indonesia - Yudhi Purwadiono, 29 tahun; Rizky Ramdani, 24 tahun; dan Ollyn Sumendap, 28 tahun - bagi membantu pesilat negara memperhalusi teknik dan meningkatkan keupayaan.