Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

KEJOHANAN PENCAK SILAT DUNIA KE-18

Silat Singapura catat rekod, raih tujuh pingat emas

Dec 17, 2018 | 05:30 AM



PESILAT Singapura berjaya membolot empat lagi emas dalam kategori tanding semalam, sekali gus menjadikan jumlah pungutan pingat emas menjadi tujuh.



Jumlah tersebut menjangkaui sasaran enam emas yang ditetapkan pasukan Singapura untuk Kejohanan Pencak Silat Dunia ke-18.



Ini selepas empat lagi pesilat negara, Sheik Farhan Sheik Alau'ddin, Sheik Ferdous Sheik Alau'ddin, Nurul Suhaila Mohd Saiful serta Muhammad Hazim Mohd Yusli, berjaya mencatatkan kemenangan di hari terakhir kejohanan dunia yang diadakan di OCBC Arena, Hab Sukan Singapura semalam.



Keempat-empat pendekar dan srikandi negara itu menyertai rakan sepasukan dari acara Seni - seni tunggal putera dan puteri, Muhammad Iqbal Abdul Rahman dan Nurzuhairah Mohd Yazid serta gandingan Nur Azlyana Ismail dan Nurhanishah Shahrudin bagi acara seni ganda puteri - yang turut memperolehi tiga emas di hari pertama.



Dengan pencapaian tersebut, pasukan silat Singapura kini telah memecahkan rekod empat emas yang dicatat di kejohanan dunia ini di gelanggang sendiri pada 2004.



Sheik Farhan yang mengawal pertarungan Kelas J (90-95kg) dari pusingan pertama berjaya mengatasi pesaingnya dari Vietnam, Pham Khac Truong dengan keputusan 5-0.



Dengan kemenangan itu, Sheik Farhan telah mencipta sejarah baru menjadi pesilat Singapura pertama menyandang gelaran juara dunia sebanyak tiga kali berturut-turut selepas meraih kemenangan pada 2015 dan 2016.



"Semestinya saya rasa cukup gembira dengan kemenangan ini dan mempertahankan gelaran juara dunia dalam Kelas J.



"Saya tidak pernah terfikir saya mampu mencipta sejarah ini, namun saya tetap gembira dapat melakukannya di usia saya sekarang.



"Namun yang penting, pasukan negara kami berjaya mencapai sasaran untuk pungut enam emas dan kami telah menunjukkan persembahan yang hebat di kejohanan ini," ujar Sheik Farhan.



Kemenangan tersebut juga lebih manis bagi juara itu yang turut menyambut hari jadinya yang ke-21 semalam.



Sementara itu, abangnya, Sheik Ferdous pula mengetepikan cabaran pesilat Vietnam, Nguyen Van Tri dalam aksi Kelas I (85-90kg) sekali gus merangkul gelaran juara dunia buat pertama kali.



Bagaimanapun, kecemerlangan Sheik Ferdous dalam pertarungan itu dihambat oleh keputusan pihak lawan untuk menarik diri selepas tidak berpuas hati dengan keputusan yang dibuat dari pihak juri dan wasit.



Singapura merangkul pingat emas keenamnya menerusi kemenangan Nurul Suhaila ketika menentang Janejira Wankrue dari Thailand dalam pertarungan Kelas D (60-65kg) dengan keputusan 5-0.



Sebaik gong dibunyikan bagi menandakan tamat pertarungan, Nurul Suhaila tidak dapat menahan rasa sebak dek gembira dengan kejayaannya setelah sekian lama memburu emas kejohanan dunia yang sering terlepas dari dirinya.



"Saya tidak tahu bagaimana untuk menggambarkan perasaan saya ketika ini. Saya sangat gembira kerana selepas tiga kali gagal sebelum ini, saya tidak mudah menyerah dan mengaku kalah.



"Walaupun berasa sedikit gementar sebelum memasuki gelanggang, saya telah memberitahu pada diri sendiri bahawa saya tidak akan melepaskan peluang ini (julang kejuaraan dunia) sekali lagi.



"Segala yang telah saya usahakan selama ini akhirnya saya dapat rasakan hasilnya," kata Nurul Suhaila yang menjadi pesilat wanita pertama selepas 14 tahun untuk dinobat juara dunia.



Melengkapkan kalungan emas negara ialah pesilat muda, Muhammad Hazim yang mengambil bahagian dalam kejohanan ini buat kali pertama selepas menundukkan lawannya dari Malaysia, Mohd Faizul Nasir dalam Kelas B (50-55kg).



Namun, langkah empat lagi pesilat Team Singapore di peringat akhir ini terkandas apabila Abdul Raaziq Abdul Rashid, Muhammad Syakir Jeffery, Nur Syaza Insyirah Md Roslan dan Nor Shahidah Abas tumpas di tangan pesaing masing-masing.



Dengan akhirnya kejohanan dunia itu, Singapura berada di tempat teratas dengan 7 emas dan memungut 20 pingat secara keseluruhannya daripada 24 acara yang dipertandingkan dalam kejohanan ini.



Jumlah tersebut mengatasi jumlah pungutan pingat sebanyak 17 pingat yang dicatat mereka sewaktu Singapura menjadi tuan rumah 14 tahun lalu.



Vietnam menduduki tangga kedua selepas merangkul enam emas diikuti Indonesia dengan lima emas.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >