Singapura layak ke pusingan kedua kelayakan Piala Dunia selepas menewaskan Guam 1-0 pada Selasa, untuk memperoleh kemenangan keseluruhan 3-1 secara agregat.
Sebelum ini, pasukan Singa menang tipis 2-1 ke atas Guam di Stadium Negara pada 12 Oktober.
Perlawanan pada Selasa menyaksikan pasukan Singapura berhempas pulas menundukkan pihak lawan, dan boleh dikatakan prestasi mereka merosot berbanding perlawanan pertama.
Keputusan 0-1 yang diperoleh pasukan negara yang berada di kedudukan ke-157 ranking dunia, dianggap wajar berdasarkan permainan yang dipamerkan mereka.
Dalam perlawanan tersebut, skuad Singa tidak mencipta peluang mencukupi untuk menjaringkan gol dan tidak memanfaatkan peluang yang tersedia. Ini meskipun penyerang muda berbakat Singapura, Ilhan Fandi, disertakan dalam kesebelasan utama.
Mujur Shawal Anuar berjaya menjaringkan gol penentu pasukan negara dalam perlawanan yang berlangsung di Pusat Latihan Nasional Persatuan Bola Sepak Guam (GFA) Harmon, Guam.
Kemenangan ini bermakna Singapura akan meneruskan saingan dalam Kumpulan C, di mana mereka akan menentang pasukan handal Asia, Korea Selatan yang diketuai penyerang handalan Tottenham Hotspur, Son Heung-min, China dan Thailand.
Laporan lanjut di Muka 16
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg