Gavin Lee: Keputusan baik, tapi persembahan tidak
Gavin Lee: Keputusan baik, tapi persembahan tidak
Ketua jurulatih berkata skuad kebangsaan belum benar-benar bersedia hadapi tekanan sebenar bola sepak Asia
Apr 1, 2026 | 1:38 PM
Gavin Lee: Keputusan baik, tapi persembahan tidak
Seramai 30,105 penyokong membanjiri perlawanan penutup kempen kelayakan Piala Asia Singapura menentang Bangladesh di Stadium Negara pada 31 Mac. Walaupun Singapura telah layak ke Piala Asia, penyokong masih turun untuk meraikan pencapaian itu bersama. - Foto BH oleh KHALID BABA
Kemenangan tipis 1-0 ke atas Bangladesh mungkin dapat melengkapkan kempen kelayakan Piala Asia bagi skuad Singa tanpa sebarang kekalahan, namun di sebalik keputusan positif itu, masih terserlah hakikat yang sukar dinafikan – skuad kebangsaan belum benar-benar bersedia menghadapi tekanan sebenar bola sepak Asia.
Berkata kepada media selepas perlawanan, ketua jurulatih, Gavin Lee, tidak berselindung dalam menilai situasi tersebut.
Laporan berkaitan
Skuad Singa akhiri kempen kelayakan Piala Asia dengan kemenangan Mar 31, 2026 | 10:44 PM
Irfan buru kemenangan penutup kempen Piala Asia Mar 25, 2026 | 5:12 PM

