Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Singa Muda kekal sertai Sukan Asia: SNOC

May 31, 2023 | 5:02 PM
KE SUKAN ASIA: Pasukan lelaki nasional bawah 22 tahun Singapura dijangka beraksi dalam Sukan Asia pada September.
KE SUKAN ASIA: Pasukan lelaki nasional bawah 22 tahun Singapura dijangka beraksi dalam Sukan Asia pada September. - Foto STRAITS TIMES

MAJLIS Olimpik Kebangsaan Singapura (SNOC) berkata ia menjangka pasukan bola sepak lelaki bawah 22 tahun nasional menyertai Sukan Asia di Hangzhou, China pada September.

Pasukan itu tidak menyertai pertandingan bola sepak antara negara-negara Asia Tenggara pada Ogos, dengan Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) berkata ia menarik diri atas sebab strategik, termasuk jadual pertandingan yang padat sekitar September.

Menjawab pertanyaan Berita Harian, jurucakap SNOC pada Rabu berkata:

“Pasukan bola sepak lelaki telah dipilih oleh jawatankuasa pemilihan SNOC pada mesyuarat Sukan Asia pada April tahun lalu. Tiada perubahan pada status itu, dan mereka tetap terpilih untuk mewakili Singapura di Sukan Asia.”

“Semua atlet yang telah dipilih ke temasya sukan utama dijangka mengekalkan program latihan dan persiapan yang akan meletakkan mereka dalam keadaan yang baik untuk bersaing, berdasarkan calon yang dikemukakan NSA (badan sukan nasional) kepada SNOC,” tambah jurucakap itu.

Selain beraksi di Sukan Asia yang dijadual berlangsung 23 September - 8 Oktober, pasukan lelaki bawah 22 tahun nasional dijangka beraksi dalam kelayakan Piala Asia Bawah 23 Tahun AFC 2024 yang dijadual berlangsung 6-12 September.

Ia tidak akan beraksi dalam Kejohanan Bawah 23 tahun AFF, yang berlangsung 17-25 Ogos.

Pasukan yang dijangka beraksi dalam Sukan Asia dan di kelayakan Piala Asia rata-rata pasukan sama yang mengharungi kempen Sukan SEA Kemboja 2023 yang mengecewakan baru-baru ini.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg