Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PANDANGAN: PERSAHABATAN SINGA LAWAN MALDIVES

Singa perlu menang sebelum turun gelanggang

Dec 17, 2022 | 05:30 AM



PASUKAN Singa melengkapkan persiapan mereka bagi Piala Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) 2022 mulai 20 Disember hingga 16 Januari dengan perlawanan persahabatan menentang Maldives di Stadium Jalan Besar petang ini.



Harapan tinggi untuk Singapura dan jurulatih Takayuki Nishigaya - dalam penampilan sulungnya di depan penyokong sendiri - untuk memaparkan persembahan yang meyakinkan sebelum masuk ke gelanggang Asean yang mencabar minggu depan.



Singapura diundi dalam Kumpulan B bersama pemenang dua kali Vietnam; juara 2010 Malaysia; Laos dan Myanmar.



Hanya dua pasukan terbaik dari kumpulan mara ke separuh akhir.



Singapura, dalam Piala AFF 2020, yang diadakan pada Disember tahun lalu dek pandemik Covid-19, berjaya ke pusingan kalah mati untuk kali pertama sejak 2012, sebelum tewas 3-5 kepada Indonesia.



Pada ketika itu, pasukan Singa dibimbing Tatsuma Yoshida, yang melepaskan jawatannya beberapa hari selepas tamat kejohanan.



Warga Jepun itu kemudian digantikan oleh rakan senegara, Nishigaya, yang dilantik pada April lalu.



Meskipun 'setahun jagung' dalam bola sepak Singapura dan rantau Asia Tenggara, Nishigaya telah mengatur persiapan yang sebaiknya untuk pertama kali mengetuai pasukan Singa dalam Piala AFF.



Ini termasuk mengadakan kem latihan di Chiba, Jepun, pada 1 hingga 12 Disember lalu.



"Semua pemain berasa baik dan tiada masalah kecederaan besar, iaitu sesuatu yang menggembirakan," kata Nishigaya kepada FAS.org.sg.



"Tambahan pula, saya sangat, sangat gembira melihat komitmen dan usaha padu pemain dalam setiap saat kami di sini."



Beliau menyatakan bahawa matlamat utama kem tersebut adalah untuk memastikan seluruh pasukan mencapai tahap kecergasan fizikal yang mantap.



"Objektif latihan buat masa ini adalah untuk pastikan semua pemain kembali ke tahap terbaik dalam aspek fizikal dan capai kecergasan hadapi perlawanan semula selepas musim di peringkat kelab dan tempoh rehat selepas itu," tambah Nishigaya.



"Selepas itu kami akan memberi lebih tumpuan kepada aspek taktikal dalam persiapan kami."



Menyusuli perlawanan persahabatan petang ini, Nishigaya akan memilih skuad terbaiknya seramai 23 pemain untuk Piala AFF.



Buat masa ini, skuad sementaranya disertai 30 pemain, termasuk kapten Hariss Harun, penjaga gol veteran Hassan Sunny, dan tiga anak legenda bola sepak Singapura Fandi Ahmad, Irfan, Ikhsan dan Ilhan.



Dengan adanya pemilihan pemain, jangkakan Nishigaya memberi peluang untuk semua anak didiknya diturunkan dan menunjukkan taring mereka menentang Maldives.



Dan bagi penyokong tempatan, petang ini juga adalah peluang mereka untuk memindahkan semangat dan keghairahan yang ditonjolkan untuk Piala Dunia 2022 ke dalam Stadium Jalan Besar.



Setiap laungan suara dan sokongan padu peminat penting untuk membawa pasukan Singa melangkah jauh dalam Piala AFF kelak.




"Objektif latihan buat masa ini adalah untuk pastikan semua pemain kembali ke tahap terbaik dalam aspek fizikal dan capai kecergasan hadapi perlawanan semula selepas musim di peringkat kelab dan tempoh rehat selepas itu.
Selepas itu kami akan memberi lebih tumpuan kepada aspek taktikal dalam persiapan kami."
- Jurulatih Takayuki Nishigaya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >