Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Siri Tiga Negara FAS: Dua kemenangan buat Nazri; Singa tumpaskan Filipina 2-0

Mar 29, 2022 | 10:23 PM



JURULATIH sementara pasukan nasional Nazri Nasir mencatat markah penuh - dua kemenangan dalam dua perlawanan - dalam siri perlawanan persahabatan Tiga Negara Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) selepas Singapura berjaya menewaskan Filipina, yang bermain dengan 10 pemain di padang, 2-0 pada Selasa (29 Mac).



Sabtu lalu, Nazri turut membimbing Singa dalam kemenangan 2-1 ke atas musuh ketat Malaysia.



Siri perlawanan persabahatan itu merupakan kali kedua Nazri, 51 tahun, mengendalikan pasukan Singa. Pada 2019, beliau turut menggalas jawatan itu di Piala Airmarine yang diadakan di Malaysia, di mana Singapura menewaskan Malaysia 1-0, sebelum tewas 4-5 kepada Oman melalui sepakan penalti selepas jaringan terikat 1-1 di akhir 90 minit.



Di Stadium Negara malam ini, Singapura tampil di padang dengan kelebihan pada bilangan pemain yang dapat diturunkan dek skuad Filipina yang dihimpit Covid-19.



Jurulatih Filipina Scott Cooper hanya mampu membariskan empat pemain - dua adalah penjaga gol - di bangku simpanan, berbanding Singapura, yang mempunyai barisan penuh seramai 12 pemain gantian.



Penyokong pasukan tuan rumah tidak perlu menunggu lama untuk meraikan gol apabila Safuwan Baharudin, yang tidak diawasi, menanduk masuk sepakan sudut Shahdan Sulaiman pada 10 minit pertama perlawanan.



Ketinggalan satu gol, Filipina cuba bangkit bagi mengancam gawang Hassan Sunny. 



Namun, sebaliknya, keadaan menjadi lebih mencabar untuk The Azkals ketika Diego Bardanca dibuang padang pada minit ke-38.



Pemain bek tengah itu dilayangkan kad kuning keduanya oleh pengadil Singapura Ahmad A’qashah kerana dinilai mengasari Hariss Harun.



Selepas waktu rehat, kedua-dua pasukan berada dalam ‘mode’ menyerang, dengan Singapura cuba mematikan perlawanan manakala Filipina mencari gol penyamaan.



Namun, pasukan tuan rumah yang lebih berhasil apabila jaringan tenang Shawal Anuar pada minit ke-90 menjamin kemenangan ketiga Nazri sebagai jurulatih skuad senior.



Sementara itu, Filipina pulang daripada siri perlawanan ini penuh kekecewaan, selepas turut kalah kepada Malaysia 0-2 Rabu lalu. 



Singapura seterusnya akan beraksi di kelayakan Piala Asia AFC 2023 pada Jun nanti, berdepan tuan rumah Kyrgyzstan, Myanmar dan Tajikistan dalam Kumpulan F. 



Di kelayakan itu, pasukan Singa akan dipimpin ketua jurulatih baru bagi menggantikan bekas jurulatih pasukan nasional Singapura Tatsuma Yoshida, yang meletak jawatan lewat Disember lalu untuk kembali ke Jepun dan kini memimpin kelab Liga J2, Ventforet Kofu.



Pelantikan itu dijangka diumumkan FAS bulan depan.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >