Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Skuad muda Liverpool tewas namun ‘The Reds’ tetap juara kumpulan

Dec 15, 2023 | 02:59 PM



PARIS: Pasukan muda Liverpool tewas 1-2 kepada Union Saint-Gilloise dalam perlawanan terakhir kumpulan Liga Eropah pada 14 Disember, manakala Villareal berjaya mara ke pusingan 16 pasukan terakhir selepas kemenangan dramatik ke atas Rennes di Perancis.


Dalam kumpulan lain, kelab Azerbaijan, Qarabag, mara ke pusingan play-off kalah mati manakala Salvia Prague menduduki tempat teratas Kumpulan G, mendahului naib juara musim lalu, Roma.


Pengurus Liverpool, Juergen Klopp, membuat perubahan kepada barisan kesebelasan utama skuadnya kerana pasukannya sudah menjamin kedudukan mereka sebagai juara Kumpulan E, di samping persediaan bagi pertarungan Liga Perdana England menentang Manchester United pada 18 Disember.

Klopp menurunkan enam pemain berusia 20 tahun ke bawah semasa menentang Saint-Gilloise.

Saint-Gilloise,yang memerlukan kemenangan untuk mengekalkan harapan mereka layak ke pusingan selanjutnya, mendahului Liverpool menerusi jaringan Mohamed Amoura sebelum pemain pertahanan Liverpool, Jarell Quansah, menyamakan kedudukan.

Bagaimanapun Cameron Puertas meletakkan Saint-Gilloise kembali di hadapan dengan golnya dua minit sebelum rehat.

Klopp kemudian memasukkan Joe Gomez, Ryan Gravenberch dan Darwin Nunez pada separuh masa kedua.

Namun, Saint-Gilloise berjaya bertahan untuk mencatatkan kemenangan manis sekalipun tersingkir daripada kejohanan selepas Toulouse menewaskan Lask Linz 2-1 dalam perlawanan merebut tangga kedua kumpulan.

Klopp tidak menyalahkan pemain-pemainnya berikutan kekalahan tersebut.

“Bagi sesetengah (pemain) ia adalah pengalaman yang sangat penting dan bagi yang lain, bagus untuk kekalkan rentak permainan mereka. Saya lihat persembahan yang baik,” kata beliau.

Sementara itu, Dani Parejo menjaringkan gol kemenangan lewat untuk Villareal, menduduki tempat teratas Kumpulan F dan layak terus ke pusingan 16 terakhir dengan kemenangan 3-2 di Rennes.

Rennes hanya perlu mengelak kekalahan untuk menduduki tempat pertama, tetapi kini mereka perlu berdepan dengan pasukan lain yang tercicir daripada Liga Juara-Juara dalam pusingan play-off.


Qarabag menduduki tempat kedua dalam Kumpulan H hasil kemenangan 2-1 menentang Haecken.

Kumpulan itu dijuarai Bayer Leverkusen selepas pendahulu Bundesliga itu meneruskan permulaan tanpa kalah mereka musim ini kepada 23 perlawanan dalam semua pertandingan dengan menundukkan Molde 5-1.

Roma di bawah bimbingan Jose Mourinho terpaksa ke pusingan kalah mati walaupun mereka berjaya menewaskan Sheriff Tiraspol 3-0 dan menduduki tangga kedua selepas Slavia Prague berjaya menang ke atas Servette 4-0 dalam Kumpulan G.


Dalam Liga Persidangan Eropah, pasukan Liga Perdana, Aston Villa, layak ke pusingan 16 pasukan terakhir selepas seri 1-1 dengan kelab Bosnia, Zrinjski. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >