Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Mimpi ngeri Man Utd boleh berulang di Anfield

Liverpool pasukan ‘in-form’, pemain berkobar-kobar teruskan momentum kemenangan, terutama ke atas musuh tradisi
Dec 17, 2023 | 05:30 AM



Liverpool ialah antara tiga pasukan Liga Perdana England (EPL) yang sedang berada dalam ‘form’ paling hangat menjelang perlawanan minggu ini dan Erik Ten Hag serta Manchester United tahu ini adalah masa paling sukar bagi sebarang pasukan yang bertandang ke Anfield. 

Liverpool telah memenangi 11 daripada 16 perlawanan buat masa ini dan mengutip 13 daripada 15 mata yang ditawarkan dalam lima perlawanan terakhir.

Namun statistik lebih ketara ialah anak didik Juergen Klopp ini jarang mengaku kalah dan berputus asa walau ketinggalan dalam perlawanan. 

Liverpool, pada  musim ini,  telah memenangi paling banyak mata –18 mata – selepas ketinggalan dalam perlawanan – mencerminkan sikap pemain Liverpool yang tabah dan tidak mudah menerima kekalahan. 

Ia ketinggalan sembilan kali dalam liga, tetapi hanya tewas sekali – kepada Tottenham Hotspur di awal musim, dalam perlawanan yang dipalit kontroversi kerana Liverpool mengakhiri perlawanan dengan sembilan pemain sahaja.

Selain perlawanan itu, Liverpool telah menang lima kali dan seri tiga kali walaupun ia ketinggalan dalam perlawanan.

Ini termasuk kemenangan ke atas Bournemouth, Newcastle, Wolves, Fulham dan Crystal Palace. Hanya Brighton, Luton dan Manchester City berjaya merampas mata daripada Liverpool selepas pasukan-pasukan itu menjaringkan gol pertama.

Satu lagi statistik yang berpihak kepada Klopp dan Liverpool ialah pasukan Liverpool paling banyak menjaringkan gol kemenangan selepas tempoh 90 minit perlawanan, berbanding pasukan Manchester United di bawah Alex Ferguson.

Jika pasukan United yang dipimpin kapten Roy Keane dan dibintangi pemain taraf dunia seperti David Beckham, Paul Scholes dan Peter Schmeichel itu dianggap antara pasukan terbaik di dunia, Liverpool juga boleh berdiri setanding dengan pasukan itu.

Keyakinan diri yang dibentuk dengan kedudukan ini membolehkan Liverpool dianggap sebagai ‘favourites’ atau pilihan utama untuk mengutip tiga mata apabila United bertandang nanti.

Selain bermain di Anfied dan ‘form’ yang baik, Liverpool juga mempunyai kelebihan kerana pemain kesebelasan utamanya mempunyai masa rehat yang lebih panjang berbanding United.

Berbeza dengan United, Liverpool telah menjamin ke pusingan seterusnya dalam pertandingan di Eropah, iaitu Liga Europa, dan Klopp mampu merehatkan pemain-pemainnya semasa menentang Union Saint-Gilloise beberapa hari lalu.

Sebaliknya, Ten Hag terpaksa menurunkan kesebelasan utama yang kuat semasa United bertemu Bayern Munich kerana masih memburu kelayakan ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara Eropah.

Semangat dalam pasukan Liverpool juga kini tinggi bak mencakar langit.

Selepas Liverpool mengatasi Palace walau mula-mulanya ketinggalan dalam perlawanan di Anfield baru-baru ini, pemain azimat Liverpool, Mohamad Salah, berkata pasukannya mempunyai semangat juang yang ‘terpuji’’ dan beliau melihat banyak persamaan antara pasukan kali ini dengan pasukan yang memenangi kejuaraan liga pada musim 2019-20.

“Mentaliti yang kami tunjukkan ini adalah serupa dengan mentaliti yang kami tunjukkan pada musim kami memenangi kejuaraan liga. Ini adalah satu perkara positif kerana kami mempunyai pasukan baru, dengan enam tujuh pemain baru dalam kesebelasan utama.

“Pasukan yang lalu meraih banyak pencapaian dan kami wajar memberi mereka pujian. Tapi saya juga percaya pasukan musim ini boleh mencapai sesuatu yang istimewa.”

Musim lalu, Liverpool membelasah United 7-0 di Anfield.

Jika Salah – yang menjaringkan gol ke-200 bagi Liverpool semasa menentang Palace – terus menambah kepada koleksi  gol dan Darwin Nunez akhirnya berjaya merembat bola masuk ke gawang dan bukan ke tiang atau palang gol, luka lama boleh berdarah lagi buat United dan Ten Hag.

RAMALAN: Liverpool 2 - 0 Manchester United




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >