Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Skuad takraw lelaki S’pura pulang tangan kosong

Oct 06, 2023 | 02:34 PM



Pasukan sepak takraw lelaki Singapura pulang ke tanah air tanpa sebutir pingat selepas menamatkan kempen mereka di Sukan Asia Hangzhou pada Jumaat dengan satu lagi kekalahan.

Di Gimnasium Pusat Sukan Jinhua pada Jumaat pagi, Singapura tumpas 15-21, 15-21 menentang Vietnam dalam aksi terakhir pusingan kumpulan A acara regu mereka.

Kekalahan itu bermakna skuad Singapura kendalian jurulatih Padzli Othman itu, yang bersaing dalam dua acara – kuadran dan regu – tidak berjaya mencatat sebarang kemenangan untuk melepasi pusingan kumpulan.

Singapura menduduki tangga corot dalam kumpulan mereka untuk kededua acara dan tidak layak ke separuh akhir.

Justeru, harapan Padzli untuk menggondol sekurang-kurangnya sebutir pingat dari China sebelum ini tidak kesampaian.

Prestasi pasukan negara di temasya sukan yang ke-19 itu boleh dianggap merosot berbanding edisi lalu pada 2018.

Di Palembang, Indonesia, lima tahun lalu, Singapura memenangi pingat gangsa dalam acara kuadran dan regu lelaki.

Padzli, 57 tahun, ketika dihubungi Berita Harian (BH), berkata:


“Setelah sembilan tahun sebagai seorang jurulatih, ini adalah satu-satunya acara utama yang saya tidak menghasilkan sebarang pingat.

“Tetapi, saya faham ini adalah peralihan era (bagi sukan ini) dan kumpulan pemain, yang mana kami perlu membangunkan semula (tahap permainan), sama seperti Korea Selatan dan beberapa negara lain.

“Jika membandingkan kami dengan negara lain, kebanyakan mereka masih mengekalkan barisan pemain lama yang mempunyai lebih banyak pengalaman daripada kita.”

Dalam skuad Singapura seramai enam pemain, hanya tiga – A’fif Safiee, Ramli Sa’ari dan Umar Mohtar – yang telah ditampilkan dalam temasya sukan utama sebelum ini.

Tiga lagi – Yusof Hasli, Irfain Zurkanaen dan Asy-syariq Khalid – adalah muka baru.

“Saya juga meminta sokongan daripada Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura (SNOC) untuk kami membawa lebih ramai pemain (ke pertandingan) supaya mempunyai lebih banyak pilihan dan pemain yang mempunyai kepakaran bagi acara tertentu,” tambahnya.

Lima pemain boleh didaftar dalam acara regu, manakala enam untuk kuadran.

Walaupun demikian, Padzli berpendapat usaha anak didiknya adalah yang terbaik, bahkan mereka telah menunjukkan peningkatan dalam setiap perlawanan. 

“Dari segi persembahan, saya fikir mereka telah membuat yang terbaik, terutamanya perlawanan Vietnam. Tetapi, saya fikir oleh kerana kekurangan pengalaman beberapa pemain, mereka tidak dapat menangani tekanan dan intensiti permainan,” ulas Padzli.

Pada Khamis, Singapura dikalahkan Malaysia 10-21, 6-21 dalam perlawanan pembukaan Kumpulan A acara regu mereka. Kumpulan A dianggotai Singapura, Malaysia dan Vietnam. – ZULAIQAH ABDUL RAHIM




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >