Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Skuad takraw S’pura tersingkir awal acara kuadran

Pasukan berganti-ganti 4x100m lelaki dan wakil acara lompat tinggi lelaki S’pura layak ke final
Oct 02, 2023 | 04:40 PM



Pasukan sepak takraw lelaki Singapura tersingkir dari acara kuadran di Sukan Asia selepas tumpas dalam tiga perlawanan pertama Kumpulan B mereka. 

Pada Isnin, Singapura ditewaskan oleh India 7-21, 15-21 sebelum tunduk kepada Jepun 18-21, 10-21 di Gimnasium Pusat Sukan Jinhua.

Sehari sebelumnya, pasukan negara kalah 7-21, 11-21 kepada Korea Selatan.

Skuad kuadran Singapura diwakili A’fif Safiee, Ramli Sa’ari, Umar Mohtar, Yusof Hasli, Irfain Zurkanaen dan Asy-syariq Khalid.

Prestasi itu meletakkan Singapura di tangga corot dalam Kumpulan B terdiri daripada lima pasukan, tanpa sebarang kemenangan dan berbaki satu perlawanan.

Ia sekali gus memusnahkan harapan pasukan kendalian jurulatih nasional, Padzli Othman, itu untuk ke separuh akhir acara kuadran dan gagal menandingi pencapaian di edisi Sukan Asia yang lalu. 

Di Palembang, Indonesia, pada 2018, Singapura memenangi pingat gangsa dalam acara kuadran dan regu lelaki.

Tempat di separuh akhir akan menjamin pasukan sekurang-kurangnya gangsa, dengan pasukan yang kalah dalam pusingan itu berpeluang naik ke podium dan berkongsi pingat gangsa.

Singapura seterusnya akan berdepan Filipina pada Selasa dalam aksi kumpulan terakhir bagi acara kuadran. 

Jepun mendahului saingan Kumpulan B selepas memenangi tiga daripada empat perlawanan yang selesai dimainkan.

Ini diikuti oleh Filipina dan India, yang meraih dua kemenangan daripada tiga perlawanan dan kededuanya mempunyai satu lagi perlawanan pada Selasa.

Korea Selatan telah menang sekali, berbaki satu perlawanan esok.

Meskipun terkandas awal dalam acara kuadran, Singapura bagaimanapun mempunyai satu lagi peluang untuk membawa pulang pingat dari temasya di Hangzhou, China, ini. 

Mereka akan bertanding dalam acara regu mulai Khamis.

Pasukan negara diundi dalam Kumpulan A bersama-sama juara tiga kali Sukan Asia acara regu, Malaysia, dan Vietnam.

Singapura hanya memerlukan satu kemenangan untuk mara ke separuh akhir.

Dalam acara lain Sukan Asia Hangzhou pada Isnin, Singapura akan diwakili dalam dua acara final sukan atletik.

Pasukan berganti-ganti 4x100 meter lelaki negara layak ke final selepas mencatatkan masa 39.70 saat dalam pusingan saringan di Stadium Pusat Olimpik Hangzhou.

Secara keseluruhan, skuad yang terdiri daripada Mark Lee, Joshua Chua, Calvin Quek dan Marc Brian Louis menduduki tempat ketujuh daripada 14 pasukan.

Pusingan akhir akan berlangsung pada Selasa.

Seorang lagi wakil negara, Kampton Kam, pula melangkah ke final acara lompat tinggi lelaki.

Kam, 22 tahun, melompat setinggi 2.15 meter dalam kelayakan pada Isnin untuk menduduki tempat ketujuh daripada 17 peserta secara keseluruhan, cukup untuk membawanya ke final yang akan diadakan pada Rabu.

Di gelanggang badminton Gimnasium Binjiang pula, beregu campuran Singapura, Terry Hee dan Jessica Tan, mudah mengalahkan Jivan Acharya dan Nita Lamsal dari Nepal 21-4, 21-3 pada Isnin untuk ke pusingan 16 pasukan terbaik.

Hee dan Tan, yang merupakan pasangan suami-isteri, akan diiringi gandingan beregu lelaki negara, Johann Prajogo dan Nge Joo Jie yang juga mara ke pusingan seterusnya.

Pada Isnin, Prajogo dan Nge menang 21-11, 21-11 ke atas pasangan Kemboja, Rikreay Sok dan Vannthoun Vath, dalam pusingan 32 pasukan terbaik. 

Pemain nombor sembilan dunia dari Singapura, Loh Kean Yew, yang diberi laluan tanpa bertanding atau bye pada pusingan pertama, akan menentang Ng Tze Yong dari Malaysia dalam pusingan 32 pemain terbaik pada Selasa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >