Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Slot: Alexander-Arnold tidak terganggu dipikat Real Madrid

Jan 6, 2025 | 5:00 PM
Pengurus Liverpool Arne Slot mempertahankan persembahan Trent Alexander-Arnold ketika Liverpool seri 2-2 dengan Manchester United.
Pengurus Liverpool Arne Slot mempertahankan persembahan Trent Alexander-Arnold ketika Liverpool seri 2-2 dengan Manchester United. - Foto AFP

LIVERPOOL: Pengurus Liverpool, Arne Slot mempertahankan Trent Alexander-Arnold yang mendapat kritikan pedas daripada peminat dan bekas pemain selepas kelab itu seri 2-2 dengan pasukan Manchester United dalam perlawanan Liga Perdana England pada 6 Januari.

Pemain Manchester United, Bruno Fernandes dan Diogo Dalot bergabung untuk berulang kali memperdaya pemain pertahanan Liverpool itu - yang telah dikaitkan minggu ini dengan perpindahan ke kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid - sepanjang perlawanan, dengan bekas kapten United, Roy Keane antara pengkritik yang kuat mengecamnya.

“Kami sering bercakap betapa cemerlangnya Trent apabila beliau menyertai serangan, tetapi Trent gagal dalam kededua aspek hari ini, semasa bertahan dan menyerang... seperti seorang budak sekolah,” kata Keane kepada Sky Sports.

“Ada yang bercakap tentang dia akan ke Real Madrid, namun dengan cara dia bertahan, dia akan ke Tranmere Rovers selepas ini. Dia perlu lakukan lebih baik.”

Apabila ditanya sama ada Alexander-Arnold terganggu dengan perbualan mengenai kontraknya yang akan tamat pada penghujung musim ini, Slot berkata: “Saya tidak percaya dengan perkara itu.

“Saya rasa sembilan daripada 10 orang akan beritahu anda bahawa perkara itu menjejasnya, tetapi saya salah seorang daripada 10 itu yang beritahu anda bahawa saya tidak fikir ia menjejasnya. Apa yang menjejasnya ialah dia terpaksa bermain menentang Bruno Fernandes dan Diogo Dalot, dua pemain utama untuk Portugal, pemain yang hebat,” kata Slot.

“Kami mempunyai pemain yang hebat di sini dengan Diogo Jota, namun dia tidak bermain untuk Portugal. Jadi itu memberitahu anda akan kualiti yang dimiliki United. Mungkin semua orang akan memberitahu anda bahawa ia ada kaitan dengan khabar angin itu. Tetapi pendapat saya berbeza.“

Tranmere Rovers dari Liga Dua membalas komen Keane dengan catatan bernada sinis di platform media sosial X, dengan menulis: “Trent ke Tranmere, Roy? Nah, kami tidak mahunya terima kasih.”

Slot berkata keputusan seri itu dirasakan seperti kekalahan 1-0 mereka kepada Nottingham Forest pada pertengahan September, satu-satunya kekalahan mereka musim ini.

“Sudah tentu, ia merasa seperti kami telah cicir dua mata,” kata pengurus Belanda itu. “Ia adalah permainan yang sukar, mungkin agak serupa dengan perlawanan dengan Nottingham Forest, di mana gaya permainan kedua-dua pasukan agak serupa. Bertahan melalui blok rendah dengan menyusun pemain di depan gawang... dan jika mereka mempunyai bola tidak mengambil risiko untuk mengatur serangan atau menghantar bola ke hadapan.”

“Ia tidak selalunya mudah untuk bermain menentang gaya bola sepak itu, dan itulah yang ditunjukkan ketika menentang Forest, dan ia ditunjukkan sekali lagi hari ini juga.”

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg