Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Slot kecewa Liverpool terus pamer aksi mengecewakan di Anfield

Nov 27, 2025 | 2:57 PM
Liverpool, tumbang, Slot
Pengurus Liverpool, Arne Slot (kanan) dilihat bersama pemain penyerangnya Mohamed Salah selepas perlawanan menentang PSV Eindhoven di Anfield, Liverpool pada 26 November. - Foto REUTERS

LIVERPOOL: Pengurus Liverpool, Arne Slot, kecewa dan mengakui suasana suram menyelubungi Anfield selepas kemerosotan berterusan prestasi pasukannya apabila tumbang 1-4 kepada PSV Eindhoven dalam Liga Juara-Juara pada 26 November.

Tekanan ke atas Slot meningkat selepas kekalahan memalukan yang kesembilan The Reds dalam 12 perlawanan terakhir mereka dalam semua pertandingan.

Ini merupakan 12 perlawanan terburuk mereka sejak musim 1953 hingga 54 – ketika Winston Churchill menjadi Perdana Menteri United Kingdom.

“Emosinya sangat negatif dan mengecewakan. Saya sebenarnya berharap dan menjangkakan prestasi yang lebih baik dan prestasi pemain tampak jauh lebih baik daripada apa yang biasa kami alami.

“Walaupun kami tewas, prestasi kami tetap lebih baik,” kata Slot.

Rentak The Reds amat mengejutkan. Mereka tewas tiga perlawanan terakhir dalam semua pertandingan dengan tiga gol, dan kubu pertahanan mereka semakin runtuh dan goyah.

Para peminat tentunya tidak berpuas hati kerana merasakan kekalahan di Anfield adalah lebih banyak berbanding musim lalu.

“Walaupun kami tidak bermain dengan baik, kami mampu menjaringkan dua gol dan mencipta lebih banyak peluang tetapi tidak berhasil memanfaatkannya,” kata Slot.

Permulaan hambar juara Liga Perdana England (EPL) berlaku walaupun kelab itu membelanjakan 446 juta paun ($599 juta) dalam jendela perpindahan, menguatkan skuad mereka dengan ketibaan pemain termahal Britain, Alexander Isak.

Tetapi Isak, yang merupakan pemain gantian lewat menentang PSV, hampir tidak beraksi di padang. Pemain penyerang Liverpool, Mohamed Salah, yang merupakan penjaring terbanyak EPL musim lalu menjadi pilihan.

“Ia sukar kerana saya bermain untuk pasukan yang saya sokong,” kata pemain tengah Liverpool, Curtis Jones.

“Saya seorang peminat, dan saya telah melihat kelab ini sepanjang hidup saya. Dalam masa yang sangat lama, saya tidak pernah melihat pasukan Liverpool melalui tempoh seperti ini dengan keputusan sedemikian rupa,” tambah Jones. – Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg