Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sama hebat, tapi Liverpool gigit jari; PSG mara ke suku akhir

Mar 12, 2025 | 12:39 PM
Penyerang Paris Saint-Germain, Ousmane Dembele, menjaringkan gol tunggal yang membawa kepada kedudukan seri dan sepakan penalti.
Penyerang Paris Saint-Germain, Ousmane Dembele, menjaringkan gol tunggal yang membawa kepada kedudukan seri dan sepakan penalti. - Foto AFP

LIVERPOOL (England): Pengurus Paris St Germain, Luis Enrique, berkata pasukannya dan Liverpool layak ke suku akhir Liga Juara-Juara, selepas perlawanan sengit dan mendebarkan dalam pusingan 16 terakhir pertandingan itu.

Pengurus dari Sepanyol itu tersenyum bangga melihat bagaimana pasukannya bangkit daripada ketinggalan satu gol selepas perlawanan pertama minggu lalu, untuk mengalahkan Liverpool, yang berada di puncak Liga Perdana England (EPL), 4-1 dalam sepakan penalti di Anfield pada Selasa.

“Kedua-dua pasukan layak ke pusingan seterusnya. Mereka bermain lebih baik daripada kami di sini, tetapi saya rasa pasukan saya di Anfield, di stadium yang istimewa, menunjukkan personaliti dan karakter yang hebat,” kata beliau.

“Kami cuba bermain dengan baik tetapi sukar kerana (cara permainan) mereka sangat sengit. Kedua-dua pasukan layak mara. Karakter dan personaliti, ketika melakukan sepakan penalti, menunjukkan karakter yang hebat. Saya rasa ia jelas menunjukkan pasukan yang kami miliki,” tambah beliau.

PSG belum pernah memenangi Liga Juara-Juara. Mereka tewas kepada Bayern Munich pada final 2020.

Liverpool pula, yang menjadi juara pada 2019, dianggap sebagai pilihan utama untuk mara dengan mendahului liga melalui fasa lapan perlawanan.

“Apabila cabutan undi perlawanan menentukan Liverpool menentang PSG, kedua-dua pengurus fikir perkara yang sama – satu perlawanan terbaik yang boleh ditonton di Eropah,” kata Luis Enrique.

“Saya rasa kedua-dua pasukan bermain dengan cemerlang. Kami gembira dan yakin untuk ke pusingan seterusnya,” kata beliau.

PSG menerima pujian besar daripada pengkritik atas kemenangan itu.

“Anda melihat empat sepakan penalti yang sempurna di bawah tekanan yang amat tinggi, PSG patut diberikan pujian besar,” kata bekas penyerang England, Alan Shearer, dalam siaran Amazon Prime.

“Bagaimana mereka menanggung kecewa selepas tewas pada perlawanan pertama dan bermain dengan sangat baik, kemudian kembali ke Anfield, membendung tekanan, membawa perlawanan ke masa tambahan dan penalti, melihat empat sepakan penalti yang sempurna – mereka benar-benar berusaha dengan cemerlang dalam dua perlawanan ini dan mereka layak mara,” kata beliau. – Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg