Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA SINGAPURA

Sokongan ibu bapa bagi kerjaya bola sepak

Feb 04, 2023 | 05:30 AM



EMPAT bulan lalu, pemain belia Tampines Rovers, Caelan Cheong, meraih keputusan baik dalam peperiksaan GCE Peringkat 'O' dan layak ke maktab rendah.



Bapanya, Clive Cheong, 49 tahun tidak begitu minat anaknya itu menjadikan bola sepak sebagai kerjaya.



Namun Clive, yang merupakan pengarah sebuah syarikat kereta terpakai berkata:



"Kami sentiasa mendengar apa Caelan ingin katakan.



"Dia mempunyai pandangan tersendiri dan apa yang kami lakukan adalah memberikannya pandangan serta nasihat.



"Pada masa lalu, ibu bapa saya tidak memberi saya peluang sedemikian.



"Kini memandangkan anak saya mempunyai minat itu dan sebagai ibu bapa kami dapat menyokongnya, saya fikir selagi dia mampu menguruskan pelajaran dan bola sepak dengan baik, maka kami tidak meminta lebih daripada itu."



Clive serta isterinya membenarkan Caelan membuat keputusan sekiranya dia ingin tumpukan kepada persiapan peperiksaan GCE peringkat 'O' atau bersama pasukan negara Bawah-17 tahun dalam kelayakan Piala Asia di Bangladesh, yang berlangsung Oktober lalu, sejurus sebelum peperiksaannya itu.



Caelan akhirnya memilih peperiksaannya meskipun menganggap pilihan tersebut "mengecewakan" buat dirinya.



Namun pilihan tersebut jelas berbaloi selepas dia meraih keputusan cemerlang dengan meraih sembilan mata yang membantunya layak ke Maktab Rendah Anglo-Chinese (SCJC).



Menurut pelajar berusia 17 tahun itu:



"Memang masih sukar untuk imbangi antara pelajaran dengan bola sepak.



"Ia dua perkara yang saya minati pada masa yang sama.



"Apabila peperiksaan menjelang, saya akan cuba tumpukan lebih kepada pelajaran dan apabila perlawanan bola sepak menjelang, saya akan tumpukan kepada latihan."



Selepas lulus peperiksaan GCE peringkat 'O' dengan cemerlang, pemain midfield bahagian serangan itu berharap kerjaya bola sepaknya itu akan dapat dipertingkat selepas dia buat penampilan dalam Liga Perdana Singapura (SPL) musim lalu.



Dia membuat penampilan sulungnya selama 13 minit dari bangku simpanan apabila pasukan Tampines membaham Singa Muda 7-0 September lalu - menjadikannya pemain paling muda ketujuh untuk buat penampilan dalam sejarah liga itu.



Dia bukan satu-satunya pemain muda Tampines yang berharap dapat menambah nilai kepada pasukan itu musim ini.



Pemain midfield Ong Yu En, 19 tahun akan memulakan musim keduanya atas kontrak belia bersama Tampines juga, sementara Joel Chew dan Glenn Kweh, kededuanya 22 tahun kini bermain secara profesional.



Chew, seorang pemain midfield kini dalam musim keduanya atas kontrak selama lima tahun, sementara Kweh yang bertindak selaku penyerang telah menandatangani kontrak selama dua tahun.



Kweh yang merupakan mahasiswa perniagaan di Universiti Nasional Singapura (NUS) berkata:



"Semasa muda ibu saya seorang yang lebih tradisional, ingin saya dapatkan pekerjaan yang stabil, tapi bapa yang ingin saya kejar apa yang saya inginkan.



"Menjadi pemain profesional memang sudah diimpikan saya sejak kecil lagi.



"Bapa saya seorang peminat bola sepak jadi saya fikir itu yang mempengaruhi saya.



"Saya hanya ingin kejar apa yang saya impikan dan berharap untuk bermain di luar negara satu hari nanti."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >