Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Son jadi pemain Asia pertama ledak 100 gol EPL

Apr 09, 2023 | 12:15 PM



LONDON: Pemain Tottenham Hotspur, Son Heung-min, menjadi pemain Asia pertama meledak 100 gol dalam Liga Perdana Inggeris selepas menemui sasaran dalam kemenangan 2-1 Tottenham Hotspur ke atas Brighton pada malam Sabtu.



Pemain Korea Selatan itu turut menghadiahkan gol bersejarahnya itu kepada mendiang datuknya.



Heung-min mencapai angka itu dengan sepakan lencong untuk meletakkan Tottenham di depan dalam separuh masa pertama aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Tottenham Hotspur, London.



Selepas jaringan penyamaan Lewis Dunk, jaringan kemenangan minit ke-79 Harry Kane memastikan kemenangan buat Spurs yang kekal dalam pemburuan kelayakan ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan.



Ia adalah pencapaian membanggakan buat Heung-min yang mengharungi musim sukar dengan prestasi kurang konsisten dan beberapa kali tercicir daripada kesebelasan utama, selain kematian datuknya baru-baru ini.



"Menjaringkan 100 gol dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) adalah sesuatu yang cukup besar.



"Ia amat beremosi buat saya kerana saya mengharungi detik sukar sejak beberapa minggu lalu. Datuk saya meninggal dunia dan ia bukan sesuatu yang mudah. Saya hadiahkan gol ini kepadanya.



"Saya harap semua pemain Asia, terutama dari Korea Selatan, lihat pencapaian ini dan percaya diri yang mereka juga mampu melakukannya," kata Heung-min. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >