SUKAN SEA 2015
S'pura bakal akhiri temasya dengan prestasi terbaik
Jun 16, 2015 | 11:03 AM
SUKAN Asia Tenggara (SEA) melabuh tirai malam ini dengan pasukan tuan rumah mencatat keputusan terbaik dalam sejarah.
Sehingga akhbar ini dicetak, Team Singapore telah memenangi 258 pingat - 83 emas, 73 perak dan 102 gangsa - dengan satu lagi emas dijangka daripada pasukan polo air lelaki yang berentap dengan Indonesia petang nanti. Hanya Thailand yang memenangi 90 pingat emas mengatasi Singapura pada kedudukan pingat.