Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

S’pura bolot 4 emas dalam kejohanan dunia silat

Jul 31, 2022 | 09:16 PM



PASUKAN silat negara pulang dari Melaka dengan empat pingat emas dalam Kejohanan Pencak Silat Dunia 2022, pada Ahad (31 Julai).



Singapura juga menggondol lima perak dan lapan gangsa, membawa jumlah pungutan pingat negara di Malaysia kepada 17, sepanjang lima hari bertanding.



Namun, angka itu gagal mengatasi jumlah 20 pingat – tujuh emas, enam perak dan tujuh gangsa – yang dimenangi negara dalam pertandingan lalu pada 2018.



Pertandingan pada 2018, yang berlangsung di tanah air, kekal menjadi pencapaian terbaik Singapura dalam sejarah kejohanan dunia.



Bagaimanapun, prestasi tersebut menunjukkan masa depan cerah bagi sukan silat negara.



Dalam aksi akhir acara tanding di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka, yang penuh dibanjiri penyokong tempatan, enam daripada tujuh wakil negara berusia 21 tahun dan ke bawah. 



Seramai 19 daripada kontinjen 30 pesilat Singapura dalam edisi kali ini membuat penampilan sulung mereka di Melaka.



Antaranya ialah Aniq Asri Mohammad Yazid, 17 tahun, yang merangkul emas bagi acara tanding B putera pada percubaan pertama



Beliau menang menerusi tewas teknik apabila menentang Mohammad Khairi Adib Azhar dari Malaysia, meskipun keputusan itu dibantah kuat oleh pasukan dan penyokong tuan rumah.



Sebelum ini, Singapura menang tiga emas hasil sumbangan Sheik Farhan Sheik Alau’ddin (tanding J putera), Muhammad Iqbal Abdul Rahman (regu putera) dan Iffah Batrisyia Noh, Amirah Sahrin serta Nur Ashikin Zulkifli (regu puteri).



Lima lagi pesilat muda Singapura turut menyerlah dalam arena terbesar silat dan berjaya menyumbang perak untuk negara.



Mereka ialah Dhani Andika Razali, 17 tahun, (bawah 45kg putera); Muhammad Nurshahfareeq Shahrudin, 17 tahun (tanding I putera); Nadhrah Sahrin, 18 tahun (tanding A puteri); Siti Khadijah Mohd Shahrem, 21 tahun (tanding C puteri); dan Abdul Raazaq Abdul Rashid, 21 tahun (tanding E putera).



Lapan gangsa negara dimenangi dalam acara seni regu putera, ganda putera serta tunggal puteri, dan tanding B puteri, F puteri, D putera, C putera serta H putera.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >