Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SUKAN SETEMPAT

S’pura capai 6 pingat emas dalam Kejohanan Muda Wusyu Asia

Aug 28, 2023 | 03:21 PM



Lucas Teo, seorang remaja, gemar menonton filem menampilkan aksi seni mempertahankan diri, kung fu semasa beliau membesar.

Pada usia enam tahun, beliau tertarik dengan aksi akrobatik yang ditayangkan dalam skrin dan sering cuba meniru aksi tersebut dengan sendirinya dalam bilik tidur.

Tujuh tahun kemudian, apa yang bermula sebagai satu kegiatan riadah kini menjadi satu minat yang serius.

Lucas, 13 tahun, merupakan salah seorang anggota dalam skuad 14 peserta Singapura yang pulang dari Kejohanan Wusyu Muda Asia di Macau baru-baru ini dengan pencapaian rekod negara baru.

Mereka berjaya meraih enam pingat emas, empat perak dan lapan gangsa – lebih baik daripada rekod terdahulu sebanyak lima pingat emas, tujuh perak dan lapan gangsa yang dicapai pada 2019.

Pemenang Singapura termasuk Lucas, Kassandra Ong, 17 tahun, Chua Xin Yun, 15 tahun, Cholene Aw, 14 tahun serta Tan Hui En dan Aaron Lim, kedua-dua 10 tahun.

Hui En dan Aaron adalah anggota paling muda dalam pasukan itu.

Pertandingan tersebut berlangsung dari 15 hingga 20 Ogos dan dibahagikan kepada tiga bahagian; kategori C bagi usia lapan hingga 11 tahun; kategori B (12 hingga 14 tahun); dan kategori A (15 hingga 18 tahun).

Bercakap kepada The Straits Times ketika ditemui di ibu pejabat Persekutuan Tarian Singa dan Naga Wusyu Singapura, di Bedok North, Jumaat lalu, Lucas berkata:


“Saya mendapat inspirasi daripada aksi filem kung fu sebab ia amat hebat.

“Selepas menonton filem-filem itu, saya cuba meniru perbuatan mereka seperti menendang sedang ibu bapa saya perasan akan minat saya itu. Jadi mereka mendaftarkan saya dalam wusyu.”

Pemegang pingat emas gunshu (cugdel) itu telah menyertai Sukan Sekolah Nasional (NSG) semasa di peringkat sekolah rendah. Pada masa itu beliau mula menceburi sukan tersebut secara lebih serius.

“Pada awalnya saya kira, saya mahu melakukan kegiatan yang menarik sahaja dan saya amat gemar dengannya. Tetapi pada usia lapan atau sembilan tahun, saya mula rasa, apabila saya menyertai pertandingan seperti NSG, saya meraih keputusan yang amat baik pada usia saya ketika itu.

“Itu yang membuat saya terdorong untuk mewakili Singapura sebab saya kira sasaran itu boleh dicapai.”

Lucas diundang menyertai pasukan muda nasional pada usia 10 tahun.

Namun perjalanannya tidak terkecuali daripada cabaran apabila beliau ditimpa kecederaan pada urat pelipat lututnya pada hujung 2021, yang menghambatnya daripada melakukan beberapa pergerakan tertentu seperti tendangan di udara.

“Saya rasa agak kecewa selepas kecederaan itu sebab saya tidak berupaya melakukan beberapa pergerakan buat tempoh yang lama dan prestasi saya juga semakin merosot. Jadi saya hanya kerap melatih diri supaya dapat kembali ke prestasi saya sebelum kecederaan itu,” tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >