Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

S’pura gagal atasi Laos, seri  2-2 dalam pertembungan di Sukan SEA

May 07, 2022 | 08:10 PM




Skuad bolasepak lelaki Singapura memulakan kempen Sukan SEA mereka dengan kekecewaan apabila seri 2-2 semasa menentang Laos dalam perlawanan pertama Kumpulan B tadi.



Keputusan itu menghambat peluang skuad Singa muda untuk mengutip tiga mata penuh dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Thien Truong, Nam Dinh yang disaksikan lebih 20,000 penonton.



Laos merancakkan tempo serangan pada separuh masa pertama dan berjaya menjaringkan gol pertama perlawanan menerusi rembatan penyerang Ekkamai pada minit ke-14.



Penyerang Singapura, Khairin Nadim, yang membuat penampilan pertamanya di temasya Sukan SEA itu hampir menyamakan kedudukan pada minit ke-18, namun percubaannya diselamatkan penjaga gawang Laos, Keo Oudone.



Percubaan pemain tengah Shah Shahiran juga terkena tiang sebelum separuh masa pertama berakhir.



Pada separuh masa kedua, Laos kerap menyerang dan pemain sayap mereka, Chony berjaya menjaringkan gol kedua Laos pada minit ke-50 dengan rembatan baik dari luar kotak penalti.



Skuad Singa akhirnya berjaya menjaringkan gol  menerusi penyerang Glenn Kweh pada minit ke-89.



Strategi Nazri untuk menggunakan pemain bek tengah Jordan Efa, untuk menyertai bahagian serangan berbaloi apabila beliau menjaringkan gol penyamaan dalam masa kecederaan untuk mengelakkan kekalahan buat republik ini.



Singapura akan berdepan dengan Thailand lusa (9 Mei) sebelum bertemu Kemboja (11 Mei) dan musuh tradisi Malaysia pada 14 Mei ini.



 



 




 



Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >