Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

S’pura kalah tipis 1-2 di tangan Indonesia

Oct 10, 2022 | 10:40 PM



TANPA pemain luar negaranya, Singapura bergelut menentang Indonesia, pasukan nombor 101 dunia.



Pasukan Singa, yang menduduki 22 anak tangga lebih rendah daripada Indonesia, kalah tipis 1-2 dalam satu perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium Jalan Besar malam Isnin (10 Oktober).



Kesilapan dua penjaga gol Singapura, Noor Kusmawati dan wajah baru Izyan Ahmad memberikan Indonesia kemenangan malam ini. 



Kusmawati salah menilai hantaran lintang Indonesia dari sayap kiri dan terlepas menahan bola, memberikan Marsala Yuliana Awi gawang yang tidak diawasi untuk menyumbat gol dari jarak dekat enam minit selepas waktu rehat.



Izyan pula, yang diberikan penampilan sulungnya untuk skuad senior Singapura di saat-saat perlawanan, gagal menyelamatkan rembatan lemah dan melambung pemain midfield Indonesia Helsya Meisyaroh dari jarak jauh pada minit ke-92.



Singapura bangkit untuk mencari gol dan jaringan yang dinanti-nantikan itu muncul pada minit ke-85 menerusi rembatan melambung Farhanah.



Namun, ia hanya gol saguhati untuk pasukan tuan rumah.



Sebelumnya, Singapura dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-27 tapi Stephanie Dominguez gagal menyempurnakan tendangan.



Percubaan pasukan Singa dalam babak kedua juga terkena tiang gawang dua kali.



Kedua-dua pasukan kali terakhir bertemu dalam Kejohanan AFF Wanita pada Julai tahun ini, 



dengan Singapura memenangi perlawanan 2-0.



Namun, skuad pemain kendalian ketua jurulatih Stephen Ng berlainan dalam dua perlawanan itu. 



Kali ini, ia hanya menampilkan pemain negara yang beraksi dalam Liga Perdana Wanita Singapura, yang baru melabuh tirainya awal bulan ini.



Singapura tanpa beberapa pemain berpangkalan luar negara seperti Putri Syaliza Sazali (Amerika Syarikat), Danelle Tan (England) dan Rosnani Azman (Jepun). 



Pilihan pemain Ng dalam perlawanan malam ini dikurangkan lagi dua pemain yang terlepas beraksi. 



Pemain pertahanan Syazwani Ruzi kurang sihat, sementara pemain midfield Venetia Lim mengalami kecederaan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >