Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Spurs kalah kali ketiga berturut-turut

Nov 27, 2023 | 3:06 PM
UBAH NASIB PASUKAN: Pemain Aston Villa, Ollie Watkins menjaringkan gol kedua pasukannya bagi menambah derita kepada Tottenham.
UBAH NASIB PASUKAN: Pemain Aston Villa, Ollie Watkins menjaringkan gol kedua pasukannya bagi menambah derita kepada Tottenham. - Foto REUTERS

LONDON: Tottenham Hotspur tergelincir ke tangga kelima Liga Perdana England (EPL) selepas tewas 1-2 kepada Aston Villa di padang sendiri, dalam pertembungan menarik penuh debaran pada Ahad.

Kemenangan pertama Villa di padang lawan dalam masa lebih dua bulan itu membawa mereka ke tangga keempat di atas Tottenham, padahal sebelum ini nasib Villa masih tidak menentu.

Tuan rumah mendahului perlawanan apabila pemain asal Argentina, Giovani Lo Celso merembat kencang bola pada minit ke-22, namun kedudukan berubah apabila Villa menyamakan kedudukan menerusi jaringan tandukan Pau Torres, sejurus sebelum masa rehat.

Peluang terus mengalir dari kedua-dua arah selepas rehat tetapi Villa memastikan kemenangan hasil sentuhan menarik Ollie Watkinds, sejam selepas mendapat umpanan Youri Tielemans. 

Penjaga gawang Villa, Emiliano Martinez menjadi wira pasukan selepas menyelamatkan gawangnya sebanyak dua kali – daripada tandukan Ben Davies yang melepasi palang dan Pedro Porro yang sepakannya menyebabkan bola terkena tiang.

Bagi Tottenham, yang tidak pernah ditewaskan dalam 10 perlawanan pertama EPL mereka musim ini di bawah kendalian pengurus baru Ange Postecoglou, namun tewas teruk 1-4 di padang sendiri oleh Chelsea sebelum teeas lagi 2-1 kepada Wolves.

Mereka turun ke tempat kelima dengan 26 mata dan bakal menentang juara EPL musim lalu, Manchester City di padang lawan hujung minggu depan.

Spurs yang ditimpa kecederaan juga merupakan pasukan pertama sejak Leicester City pada 2014 tewas tiga perlawanan Liga Perdana berturut-turut walaupun mendahului 1-0.

“Keputusan yang sukar diterima, tetapi saya amat gembira dengan cara mereka (para pemain Spurs) bermain,” kata Postecoglou

“Saya sangat berbangga dengan mereka, kerana bagi saya mereka bermain dengan hebat dan pada hari lain mungkin kami dapat meraih kemenangan. Tiada kekecewaan. Kami bermain dengan baik dan sebagai pengurus itu sahaja yang anda boleh minta.”

Villa yang dipimpin Unai Emery mempunyai 28 mata daripada 13 perlawanan. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg