Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

MENJELANG KEJOHANAN PENCAK SILAT DUNIA

Srikandi emas Sukan SEA bertekad jadi juara dunia dua kali

Jul 26, 2022 | 05:30 AM



BAK kata pujangga, pengalaman mendewasakan kita.



Begitulah juga kisah perjalanan Nurul Suhaila Mohd Saiful hampir sedekad bergelar srikandi silat negara.



Jatuh bangun beliau dalam sukan itu, sejak membuat penampilan sulungnya dalam kejohanan besar, Sukan SEA pada 2013, hanya dipikul sendiri.



Namun, Suhaila, 27 tahun, melihat pengalaman pahit manis itu sebagai pengalaman berharga untuk beliau bangkit untuk muncul terbaik.



Bahkan, kemenangan pingat emasnya dalam Sukan SEA Hanoi pada Mei lalu - yang pertama buat beliau setelah tiga kali meraih gangsa dalam empat penyertaan sebelumnya - menjadi bukti pada kematangan gadis ini.



Suhaila bertekad melanjutkan prestasi mantapnya dalam edisi ke-19 Kejohanan Pencak Silat Dunia, yang berlangsung di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh, Melaka, mulai hari ini hingga 31 Julai.



Beliau akan mempertahankan kejuaraan, yang dimenanginya dalam edisi lalu pada 2018 di Singapura. Namun, kali ini, beliau akan turun satu kelas untuk bertanding dalam acara tanding C (55-60kg) puteri.



Ditanya apa perubahan pada versi dirinya yang dahulu dan sekarang, Suhaila, ketika ditemui Berita Harian (BH) di dewan sukan OCBC Arena baru-baru ini, berkata:



"Jika saya membandingkan diri saya pada 2018, saya rasa saya seperti diri sendiri sekarang dan lebih yakin.



"Saya ingat lagi seminit sebelum saya masuk gelanggang untuk menentang lawan yang belum pernah saya tewaskan (Selly Andriani dari Indonesia), saya menangis sebab saya rasa sangat gementar.



"Pada waktu itu, saya bersikap lebih negatif dan akan mengeluarkan kata-kata seperti, 'sekiranya saya kalah sekali lagi, saya akan berhenti silat'...Saya rasa tertekan.



"Jadi, cara saya merangsang diri sebelum bersaing pada waktu dahulu dan sekarang sudah berbeza."



Perubahan ini, menurut Suhaila, datang dengan pengalaman hidup dan kematangan dirinya.



"Ia tidak datang dengan semula jadi. Sekiranya, anda bertemu saya beberapa tahun lalu, saya orang yang berbeza.



"Saya fikir kehidupan membuat anda menjadi matang.



"Ada satu ketika, saya beritahu diri saya bahawa saya mahu menjadi lebih baik. Jadi, saya mencari cara untuk memperbaiki diri," ujar beliau, yang mula bergiat dalam silat seawal usia enam tahun.



Bekas pelajar Sekolah Sukan Singapura itu menambah beliau kini juga lebih pandai menghadapi tekanan yang diletakkan terhadapnya.



"Saya sentiasa menetapkan jangkaan tinggi untuk diri saya. Tapi, sekarang, saya lebih bersedia untuk menangani tekanan.



"Dahulu, saya sering fikir bahawa orang ramai akan kecewa sekiranya saya gagal menang. Tapi, kini saya bersikap 'Let go and let God' (menyerahkannya kepada Allah).



"Pastinya, saya ingin membuat yang terbaik untuk diri saya. Tapi, apa yang boleh saya kawal adalah reaksi saya. Saya cuma perlu berikan yang terbaik, berlatih bersungguh-sungguh dan akhirnya keputusan di luar kawalan saya...Saya sedang belajar untuk bersikap tenang," kongsi beliau.



Dalam hampir sedekad membina kerjaya sebagai pesilat profesional, Suhaila telah meraih pelbagai kecemerlangan di persada dunia. Bagaimanapun, srikandi ini belum puas mengharumkan nama negara.



"Saiedah Said ialah juara dunia wanita terakhir Singapura pada 2004 sebelum kemenangan saya dalam kejohanan dunia pada 2018. Jadi, saya ingin memecah rekod itu dan menjadi juara dunia dua kali," tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >