Srikandi tenis cuba main kompang...

SRIKANDI tenis dunia, Caroline Wozniacki, berpeluang merasakan keunikan gaya hidup Singapura sepanjang kunjungannya ke sini minggu lalu bagi mempromosikan Final Persatuan Tenis Wanita (WTA) BNP Paribas - kejohanan elit penutup tirai musim ini bagi pemain terbaik wanita dunia.

Selain 'meredah' pusat makanan dan pasar di Tiong Bahru bagi merasakan sendiri keunikan pelbagai masakan Singapura, Wozniacki turut menunjukkan 'kecekapan' memukul kompang bersama kumpulan genderang setempat, Nadi Singapura, semasa lawatannya ke Taman Warisan Melayu.

$0.99/bulan
Selama enam bulan*!
Hubungi 6388 3838
*Sah hanya dengan langganan setahun