PERSATUAN Renang Singapura (SSA) telah melahirkan keyakinannya dapat melantik jurulatih nasional bagi acara terjun indah (diving) selewat-lewatnya pada April ini dalam usaha memastikan persiapan atlit mereka bagi menghadapi saingan Sukan Asia tidak terjejas apabila tamatnya kontrak jurulatih yang ada sekarang, Shannon Roy.
Badan pentadbir sukan renang itu mengatakan ia telah "memulakan proses mendapatkan jurulatih baru itu" sambil memberi jaminan "gangguan minimal" ke atas persiapan atlit-atlit terjun indah negara menjelang temasya Sukan Asia yang akan berlangsung di Indonesia pada Ogos ini, kata naib presiden SSA (terjun indah), William Lee, semasa menjawab pertanyaan akhbar The Straits Times (ST) minggu lalu.