Stadium Negara bergema dengan sorakan ‘Kallang Roar’
Jun 6, 2024 | 8:55 PM
Stadium Negara dibanjiri pakaian dan sepanduk warna merah dan putih ketika penyokong tempatan “turun padang” melaungkan sokongan mereka kepada pasukan Singa dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Korea Selatan pada 6 Jun.
Dengan semua tiket habis dijual, perlawanan itu dijangka mencapai kehadiran paling ramai yang pernah dicatat dalam Stadium Negara, yang dapat menampung seramai 55,000 penonton.
Rekod kehadiran sebelum ini di Stadium Negara dicatat dalam perlawanan Piala Suzuki Kejohanan Bola Sepak Asean (AFF) menentang Malaysia pada 2014, yang dihadiri 48,183 penonton.
Laporan berkaitan
Ogura mahu skuad Singa rebut peluang lawan Korea SelatanJun 5, 2024 | 9:49 PM
Ibu bapa sumber inspirasi Jordan sertai skuad Singa Jun 6, 2024 | 1:23 PM


