Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Stephenie Chen menang perak lumba kayak 500m

Oct 03, 2023 | 05:17 PM



HANGZHOU (China): Seorang lagi atlet Team Singapore berhasil dalam usaha mereka meneruskan buruan pingat Sukan Asia Hangzhou pada hari ke-10 temasya itu.


Stephenie Chen memenangi pingat perak – pingat Sukan Asia sulungnya pada penampilan keempat – dalam acara 500 meter kayak perseorangan di Pusat Sukan Air Fuyang pada Selasa.

Dalam perlumbaan yang mengujakan, Chen, yang menduduki tempat ketujuh, keenam, kelima dan keempat dalam Sukan Asia lalu, bermula dengan baik dan mendahului kedudukan pada lebih separuh persaingan.

Namun, srikandi kayak berusia 31 tahun itu dipintas pendayung harapan tuan rumah, Li Dongyin.

“Kemenangan ini terasa hebat. Tapi, saya juga tahu bahawa ini adalah batu loncatan untuk saya. Saya sentiasa bertanding dengan mengambil (pendekatan) selangkah demi selangkah untuk mencapai matlamat saya, jadi saya gembira saya telah berjaya melakukannya.

“Saya akan mengambil sedikit masa untuk menerima hakikat kemenangan ini… Ia pastinya memberi rangsangan yang besar untuk musim depan,” kata Chen selepas perlumbaan.

Li mencatat masa 1:58.931, manakala Chen mendapat tempat kedua dengan masa 2:00.074.

Pingat itu adalah yang pertama untuk Singapura dalam pertandingan kayak di Hangzhou. Pingat gangsa dimenangi warga Iran, Hediye Kazemi (2:00.635).

Sementara itu, di Gimnasium Binjiang pada Selasa, pemain badminton Singapura, Yeo Jia Min dan Teh Jia Heng, mara ke pusingan 16 pemain terbaik.

Yeo menang 21-7, 21-7 ke atas Kamila Smagulova dari Kazakhstan dalam acara perseorangan wanita, manakala Teh menewaskan pemain Maldives, Ahmed Nibal, 21-8, 21-12 dalam acara perseorangan lelaki.

Pasukan sepak takraw lelaki Singapura pula menamatkan saingan dalam acara kuadran dengan kekalahan 8-21, 15-21 di tangan Filipina pada Selasa. 

Keputusan di Gimnasium Pusat Sukan Jinhua itu mengakhiri saingan Singapura dalam acara tersebut dan menempatkan mereka di tangga corot Kumpulan B sebanyak lima pasukan, tanpa sebarang kemenangan.

Justeru, mereka gagal ke separuh akhir.

Skuad kendalian jurulatih Padzli Othman itu akan kembali ke gelanggang pada Rabu untuk bersaing dalam acara regu.

Pasukan Singapura diundi dalam Kumpulan A bersama juara tiga kali Sukan Asia acara regu, Malaysia dan Vietnam.

Sehingga Selasa, pungutan pingat Singapura di Hangzhou ialah tiga emas, enam perak dan empat gangsa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >